Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Kemajuan
Ikan Malaysia (Pindaan) 2012.
(2)
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (Pindaan) 2012 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1416 2012, currently marked in force and first recorded in 2012.
1
UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
Akta A1416
akta lembaga kemajuan ikan malaysia
(pindaan) 2012
Undang-Undang Malaysia 2
Akta A1416
Tarikh Perkenan Diraja
...
...
30 Januari 2012
Tarikh penyiaran dalam Warta
...
9 Februari 2012
Hakcipta Pencetak H percetakan nasional malaysia berhad
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (Pindaan)
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Kemajuan
Ikan Malaysia (Pindaan) 2012.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan seksyen 4
Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1971 [Akta 49], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 4
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(2a) Walau apa pun perenggan (2)(a), lesen bagi pengimport dan pengeksport ikan hendaklah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah
Kuarantin dan Pemeriksaan dan mengikut Akta Perkhidmatan
Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].”.
undang-undang malaysia
Akta A1416
akta lembaga kemajuan ikan malaysia
(pindaan) 2012
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1416
Seksyen baru 11a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 11
seksyen yang berikut:
“Penguatkuasaan di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin 11a. (1) Walau apa pun seksyen 11, penguatkuasaan berhubung dengan ikan di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin hendaklah dijalankan oleh pegawai penguat kuasa yang dilantik di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan
Pemeriksaan Malaysia 2011 mengikut kuasa di bawah Akta itu.
Bagi maksud subseksyen (1), “pintu masuk”, “stesen kuarantin” dan “premis kuarantin” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepada ungkapan itu dalam Akta Perkhidmatan
Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.”.
Kecualian
Apa-apa perkara yang berhubungan dengan permohonan bagi dan pengeluaran lesen untuk pengimport atau pengeksport yang belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini tidaklah terjejas oleh Akta ini dan hendaklah diteruskan seolah-olah Akta ini tidak diperbuat.
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.