Seksyen 1
(2)
Akta ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2012.
Pindaan seksyen 2
/akn/my/act/amendment_act/2012/A1427
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA LAPORAN KEWANGAN (PINDAAN) 2012 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1427 2012, currently marked in force and first recorded in 2012.
Opening note
Akta ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2012.
Pindaan seksyen 2
Akta Laporan Kewangan 1997 [Akta 558], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—
dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan “perenggan 7(1)(a)” dengan perkataan
“perenggan 7(1A)(a)”; dan
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta A1427
AKTA LAPORAN KEWANGAN (PINDAAN) 2012
Undang-Undang Malaysia 4
dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “perenggan 7(1)(b)” dengan perkataan
“perenggan 7(1A)(b)”;
dengan memasukkan selepas takrif “Lembaga” takrif yang berikut:
‘ “Lembaga Pemantauan Audit” ertinya Lembaga
Pemantauan Audit yang ditubuhkan di bawah seksyen 31C
Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 [Akta 498];’; dan
dalam takrif “buletin isu”, dengan menggantikan perkataan “subseksyen 7(1)” dengan perkataan
“subseksyen 7(1A)”.
Penggantian seksyen 4
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 4 dengan seksyen yang berikut:
“Fungsi Yayasan
untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang boleh ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
Tanpa mengehadkan keluasan fungsi Yayasan dalam subseksyen (1), Yayasan hendaklah bertanggungjawab—
memberikan pandangannya kepada Lembaga tentang apa-apa perkara yang hendak diusahakan atau dilaksanakan oleh Lembaga berhubung dengan fungsi
Lembaga di bawah seksyen 7;
bagi segala perkiraan pembiayaan bagi operasi Lembaga, termasuk meluluskan belanjawan Lembaga.
Laporan Kewangan (Pindaan)
Yayasan tidak boleh, menurut atau berkaitan dengan mana-mana kuasanya di bawah subseksyen (1) dan (2), mengarahkan Lembaga supaya mengusahakan atau tidak mengusahakan mana-mana projek atau kegiatan tertentu atau selainnya menyentuh penjalanan kuasa Lembaga atau pelaksanaan fungsi Lembaga di bawah Akta ini.”.
Pindaan seksyen 5
Seksyen 5 Akta ibu dipinda—
dengan memasukkan selepas perenggan (1)(c) perenggan yang berikut:
“(ca) Pengerusi Lembaga Pemantauan Audit atau wakilnya;”;
dalam perenggan (1)(e), dengan menggantikan perkataan
“Pengerusi Eksekutif Bursa Saham Kuala Lumpur” dengan perkataan “Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia
Berhad”; dan
dengan menggantikan perenggan (1)(h) dengan perenggan yang berikut:
“(h) empat orang anggota lain yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam perkara perakaunan kewangan dan dalam satu atau lebih daripada bidang yang berikut:
perakaunan;
Subseksyen 6(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Sembilan” dengan perkataan “Enam”.
Undang-Undang Malaysia 6
Pindaan seksyen 7
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Maka ditubuhkan suatu badan dengan nama
“Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia” sebagai badan penggubal piawaian Yayasan yang fungsinya ialah penentuan dan pengeluaran piawaian perakaunan bagi penyediaan penyata kewangan, yang dikehendaki untuk disediakan atau diserahkan di bawah mana-mana undang-undang yang ditadbir oleh Suruhanjaya
Sekuriti, Bank Negara atau Pendaftar Syarikat.”;
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1A) Tanpa mengehadkan keluasan fungsi
Lembaga dalam subseksyen (1), Lembaga hendaklah bertanggungjawab—
mengeluarkan piawaian perakaunan baru sebagai piawaian perakaunan diluluskan;
mengkaji semula, menyemak, atau menerima pakai sebagai piawaian perakaunan diluluskan, piawaian perakaunan yang sedia ada;
meminda, menggantikan, menggantung, menunda, menarik balik atau membatalkan apa-apa piawaian perakaunan diluluskan keseluruhannya atau sebahagiannya;
mengeluarkan, meluluskan, mengkaji semula, menyemak, meminda, menggantikan, menggantung, menunda, menarik balik atau membatalkan apa-apa buletin isu keseluruhannya atau sebahagiannya;
mengeluarkan, meluluskan, mengkaji semula, menyemak, meminda, menggantikan, menggantung, menunda, menarik balik atau membatalkan apa-apa pernyataan tentang prinsip, apa-apa keluaran teknikal dan keluaran lain
Laporan Kewangan (Pindaan)
7
dan apa-apa dokumen lain yang berhubungan dengan laporan kewangan walau dikenali dengan apa nama jua pun keseluruhannya atau sebahagiannya;
menaja atau mengusahakan pembangunan piawaian perakaunan yang berkemungkinan;
bekerjasama dengan penggubal piawaian perakaunan kebangsaan dan antarabangsa lain dan mengawasi pembangunan piawaian perakaunan kebangsaan dan antarabangsa lain;
menyertai dalam dan menyumbang kepada pembangunan suatu set tunggal piawaian perakaunan bagi kegunaan antarabangsa;
mengendalikan apa-apa perundingan awam yang perlu untuk menentukan kandungan konsep, prinsip dan piawaian perakaunan;
membangunkan suatu rangka kerja konsep bagi maksud menilai piawaian perakaunan yang dicadangkan;
membuat apa-apa perubahan kepada bentuk dan kandungan piawaian perakaunan yang dicadangkan sebagaimana yang dianggapnya perlu;
mengawasi pengendalian piawaian perakaunan diluluskan untuk menilai keberterusan kaitannya dan keberkesanannya; dan
melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan atau dikenakan ke atasnya oleh Akta ini atau apa-apa fungsi lain sebagaimana yang boleh ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.”;
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Lembaga hendaklah, berhubung dengan fungsi-fungsinya di bawah perenggan (1A)(a), (b), (c), (d),
dalam subsekyen (3), dengan menggantikan perkataan
“subseksyen (1)” dengan perkataan “subseksyen (1A)”.
Penggantian seksyen 26D
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 26D dengan seksyen yang berikut:
“Pematuhan piawaian perakaunan diluluskan 26D. (1) Jika penyata kewangan dikehendaki supaya disediakan atau diserahkan di bawah mana-mana undang-undang yang ditadbir oleh Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara atau Pendaftar
Syarikat, penyata kewangan itu hendaklah disifatkan tidak mematuhi kehendak undang-undang itu melainkan penyata kewangan itu telah disediakan dan dikendalikan mengikut piawaian perakaunan diluluskan tertakluk kepada apa-apa spesifikasi, garis panduan atau peraturan-peraturan yang boleh dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti atau Bank Negara berkenaan dengan penyata kewangan itu menurut apa-apa undang-undang yang ditadbir oleh Suruhanjaya Sekuriti atau
Bank Negara.
Subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi pihak berkuasa yang berikut:
Suruhanjaya Sekuriti berkenaan dengan perbadanan yang disenaraikan dalam bursa saham atau mana-mana entiti yang diselia oleh Suruhanjaya Sekuriti di bawah undang-undang sekuriti;
Bank Negara berkenaan dengan mana-mana entiti yang diselia oleh Bank Negara; atau
Pendaftar Syarikat berkenaan dengan semua entiti lain yang tidak termasuk di bawah perenggan (a) atau
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 29
seksyen yang berikut:
Quoted provision
mana-mana orang yang dilantik menurut Akta ini, bagi atau disebabkan oleh, atau berkenaan dengan, apa-apa perbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat atau ditinggal daripada dilakukan atau dibuat, atau yang berupa sebagai dilakukan atau dibuat, menurut atau dalam melaksanakan, atau penurutan atau pelaksanaan yang dimaksudkan terhadap,
Akta ini, apa-apa piawaian perakaunan diluluskan, buletin isu, tafsiran, panduan atau keluaran atau benda lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini jika perbuatan atau pernyataan itu dilakukan atau dibuat, atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, dengan suci hati.
Dalam seksyen ini, ungkapan “pegawai” termasuklah mana-mana ketua pegawai eksekutif atau pegawai lain yang dilantik oleh Yayasan di bawah Akta ini.”.
Kecualian
“Perlindungan daripada guaman dan prosiding undang-undang
Kuasa Suruhanjaya Sekuriti untuk mengeluarkan apa-apa garis panduan atau peraturan-peraturan, dalam subseksyen 26D(1), hanya boleh dijalankan berkenaan dengan suatu entiti yang tidak dikehendaki untuk mematuhi piawaian perakaunan diluluskan yang khusus, sebagaimana yang terkandung dalam piawaian perakaunan diluluskan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan terhad kepada piawaian perakaunan diluluskan yang khusus yang tidak dikehendaki untuk dipatuhi oleh entiti itu.