Seksyen 1
(2)
Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan seksyen 2
/akn/my/act/amendment_act/2012/A1434
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA (PINDAAN) 2012 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1434 2012, currently marked in force and first recorded in 2012.
Opening note
Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan seksyen 2
Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2 dengan memasukkan selepas takrif “institusi pendidikan tinggi swasta” takrif yang berikut:
‘ “Kampus”, berhubung dengan suatu institusi pendidikan tinggi swasta, ertinya premis berdaftar institusi pendidikan tinggi swasta itu;’.
Undang-Undang Malaysia 4
Penggantian seksyen 47
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 47 dengan seksyen yang berikut:
Quoted provision
Seseorang pelajar institusi pendidikan tinggi swasta tidak boleh—
menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;
menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, yang bukannya suatu parti politik, yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftar dan dinyatakan secara bertulis kepada ketua eksekutif institusi pendidikan tinggi swasta itu oleh Ketua Pendaftar sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau institusi pendidikan tinggi swasta itu; atau
Seseorang pelajar institusi pendidikan tinggi swasta dan mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar institusi pendidikan tinggi swasta yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut perlembagaan, tidak boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap—
mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan)
mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftar dan dinyatakan secara bertulis kepada ketua eksekutif institusi pendidikan tinggi swasta itu oleh Ketua
Pendaftar sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau institusi pendidikan tinggi swasta itu.
Walau apa pun subseksyen (3), seseorang pelajar institusi pendidikan tinggi swasta tidak boleh dihalang daripada—
membuat pernyataan mengenai sesuatu perkara akademik yang berhubungan dengan perkara yang pelajar itu terlibat dalam pengajian atau penyelidikannya; atau
menyatakan pendirian mengenai perkara yang disebut dalam perenggan (a) dalam sesuatu seminar, simposium atau majlis seumpamanya yang tidak dianjurkan atau ditaja oleh mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, atau mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftar di bawah perenggan (3)(b) sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau institusi pendidikan tinggi swasta itu.
Ketua eksekutif institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah mematuhi arahan Ketua Pendaftar dalam mengawal selia aktiviti pelajar atau persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar institusi pendidikan tinggi swasta di dalam
Kampus.
Mana-mana institusi pendidikan tinggi swasta yang tidak mematuhi arahan Ketua Pendaftar di bawah subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.”.
Kecualian
“Aktiviti pelajar atau persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar
Semua tindakan yang belum selesai di bawah seksyen 49
Akta ibu yang berhubungan dengan perkara yang disebut dalam perenggan 47(1C)(a) Akta ibu terhadap mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, dihentikan.