Seksyen 1
(2)
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.
Pindaan seksyen 2
/akn/my/act/amendment_act/2016/A1504
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) 2016 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1504 2016, currently marked in force and first recorded in 2016.
Opening note
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.
Pindaan seksyen 2
Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 [Akta 452], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2
dengan memasukkan selepas takrif “Pengerusi” takrif yang berikut:
‘ “pinjaman” termasuk pembiayaan mengikut Shariah;’.
Seksyen baru 23a, 23b, 23c dan 23d
seksyen yang berikut:
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta A1504
AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN
PEKERJA (PINDAAN) 2016
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1504
“Penubuhan Jawatankuasa Penasihat Shariah 23a. (1) Lembaga hendaklah menubuhkan suatu Jawatankuasa
Penasihat Shariah yang hendaklah menjadi pihak berkuasa bagi penentuan perkara Shariah bagi maksud menasihati Lembaga dan Panel Pelaburan dalam memastikan pengurusan akaun ahli
Kumpulan Wang yang pemilihannya di bawah seksyen 43a telah berkuat kuasa mematuhi prinsip Shariah, termasuk caruman, pelaburan dan dividen.
Jawatankuasa Penasihat Shariah boleh menentukan tatacaranya sendiri.
Fungsi Jawatankuasa Penasihat Shariah 23b. Jawatankuasa Penasihat Shariah hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
untuk menentukan pemakaian prinsip Shariah mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan akaun ahli Kumpulan Wang yang pemilihannya di bawah seksyen 43a telah berkuat kuasa;
untuk menasihati Lembaga dan Panel Pelaburan mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan
Shariah dan pemakaian prinsip Shariah mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan akaun ahli Kumpulan Wang yang pemilihannya di bawah seksyen 43a telah berkuat kuasa;
apa-apa fungsi lain sebagaimana yang ditetapkan oleh
Lembaga.
Pelantikan ahli Jawatankuasa Penasihat Shariah 23c. (1) Lembaga boleh melantik apa-apa bilangan orang, yang hendaklah tidak kurang daripada tiga orang, daripada kalangan orang yang berkelayakan dalam Shariah, atau yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam Shariah dan dalam perbankan, kewangan, undang-undang atau apa-apa disiplin lain yang berkaitan, sebagai ahli Jawatankuasa Penasihat
Shariah.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan)
Ahli Jawatankuasa Penasihat Shariah tidak berhak kepada apa-apa saraan tetapi boleh dibayar apa-apa honorarium, dan elaun perjalanan dan elaun sara hidup, sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Rujukan kepada Jawatankuasa Penasihat Shariah 23d. (1) Lembaga dan Panel Pelaburan hendaklah merujuk kepada Jawatankuasa Penasihat Shariah mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan Shariah dan apa-apa perkara yang menghendaki penentuan prinsip Shariah oleh
Jawatankuasa Penasihat Shariah yang berhubungan dengan akaun ahli Kumpulan Wang yang pemilihannya di bawah seksyen 43a telah berkuat kuasa.
Nasihat yang diberikan oleh Jawatankuasa Penasihat
Shariah mengenai apa-apa perkara yang dirujuk di bawah subseksyen (1) hendaklah mengikat Lembaga dan Panel
Pelaburan.”.
Pindaan seksyen 26
Subseksyen 26(1) Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan subperenggan (ii) dengan subperenggan yang berikut:
“(ii) bank atau bank pelaburan yang dilesenkan dengan sewajarnya di bawah Akta
P e r k h i d m a t a n K e w a n g a n 2 0 1 3
[Akta 758]; atau”;
dengan menggantikan subperenggan (iii) dengan subperenggan yang berikut:
“(iii) bank Islam yang dilesenkan dengan sewajarnya di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013 [Akta 759]; atau”; dan
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1504
dengan memasukkan selepas subperenggan (iii)
subperenggan yang berikut:
“(iv) institusi kewangan pembangunan yang dikawal selia di bawah Akta
Institusi Kewangan Pembangunan 2002
[Akta 618];”;
dalam perenggan (b), dengan menggantikan subperenggan (i)
dengan subperenggan yang berikut:
“(i) saham yang ditawarkan menurut suatu tawaran awam permulaan yang telah diluluskan di bawah
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007
[Akta 671] atau saham yang disenaraikan di bursa saham yang telah diluluskan di bawah Akta yang sama; atau”; dan
dalam perenggan (e), dengan menggantikan perkataan
“Kerajaan Persekutuan atau Negeri” dengan perkataan
“Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Negeri”.
Penggantian seksyen 27
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 27 dengan seksyen yang berikut:
Quoted provision
berhubung dengan caruman yang dibuat oleh ahli
Kumpulan Wang yang tidak memilih untuk akaunnya diuruskan mengikut Shariah di bawah seksyen 43a atau yang telah memilih di bawah seksyen 43a tetapi pemilihan itu belum berkuat kuasa, pada apa-apa kadar mengikut prestasi sebenar pelaburan yang dibuat oleh Lembaga berhubung dengan akaun itu yang hendaklah tidak kurang daripada dua setengah peratus setahun; dan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan)
berhubung dengan caruman yang dibuat oleh ahli
Kumpulan Wang yang pemilihannya di bawah seksyen 43a telah berkuat kuasa, pada apa-apa kadar mengikut prestasi sebenar pelaburan yang dibuat oleh Lembaga berhubung dengan akaun itu.
Tertakluk kepada seksyen 50, dividen yang diisytiharkan di bawah subseksyen (1) hendaklah kena dibayar ke atas caruman kepada Kumpulan Wang mengikut akaun ahli-ahli
Kumpulan Wang masing-masing.
Walau apa pun perenggan (1)(a) dan (b), tiada kadar dividen yang melebihi dua setengah peratus setahun boleh diisytiharkan sedemikian—
melainkan jika Lembaga berpuas hati bahawa keupayaan Kumpulan Wang untuk menjelaskan segala pembayaran yang dikehendaki supaya dibayar di bawah Akta ini tidak terancam oleh perisytiharan kadar itu; dan
jika apa-apa jumlah wang yang didahulukan oleh
Kerajaan Malaysia di bawah seksyen 28 telah tidak pada ketika itu dibayar balik.”.
Pindaan seksyen 43
“Perisytiharan dividen
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Tertakluk kepada seksyen 52, caruman bulanan bagi tiap-tiap pekerja dan majikan yang tertakluk kepada perintah gaji minimum yang dibuat di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011
[Akta 732] tidak boleh kurang daripada caruman bulanan berdasarkan amaun gaji minimum bagi bulan itu yang ditentukan di bawah perintah gaji minimum itu pada kadar yang masing-masingnya dinyatakan dalam Jadual Ketiga.”; dan
Undang-Undang Malaysia 8
Akta A1504
dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan
“subseksyen (1)” dengan perkataan “subseksyen (1)
dan (1a)”.
Seksyen baru 43a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 43
seksyen yang berikut:
“Pemilihan untuk akaun ahli Kumpulan Wang diuruskan mengikut Shariah 43a. (1) Ahli Kumpulan Wang boleh memilih bagi kesemua amaun yang ada pada kredit akaunnya untuk diuruskan mengikut Shariah tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.
Pemilihan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan oleh
Lembaga dan pemilihan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh yang ditentukan oleh Lembaga.
Lembaga hendaklah memberitahu tarikh kuat kuasa pemilihan yang ditentukan di bawah subseksyen (2) kepada ahli Kumpulan Wang itu tidak kurang daripada tujuh hari sebelum tarikh kuat kuasa itu.
Ahli Kumpulan Wang itu boleh, sebelum tarikh kuat kuasa pemilihan yang ditentukan di bawah subseksyen (2), membatalkan pemilihannya mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.
Selepas pemilihan yang dibuat di bawah subseksyen (1)
berkuat kuasa, Lembaga hendaklah mengasingkan akaun ahli
Kumpulan Wang itu daripada akaun ahli-ahli Kumpulan Wang yang lain—
yang telah membuat pemilihan di bawah subseksyen (1)
tetapi pemilihan itu masih belum berkuat kuasa, bagi maksud menguruskan akaun ahli Kumpulan Wang itu mengikut Shariah.”.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan)
9
Pindaan seksyen 45
Seksyen 45 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (3)
dengan subseksyen yang berikut:
“(3) Walau apa pun seksyen 49, jika majikan gagal membayar apa-apa caruman yang kena dibayar dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, majikan itu hendaklah, sebagai tambahan kepada caruman itu, bertanggungan untuk membayar dividen ke atas caruman itu pada kadar dan mengikut apa-apa cara dan pengiraan yang ditentukan oleh Lembaga.”.
Pindaan seksyen 46
dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Bagi maksud seksyen ini—
“caruman” hendaklah disifatkan sebagai termasuk apa-apa dividen dan caj lewat bayar yang kena dibayar ke atas mana-mana caruman;
“pekongsi”—
ertinya mana-mana pekongsi yang disebut dalam
Akta Perkongsian 1961 [Akta 135]; atau
mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian
Liabiliti Terhad Labuan 2010 [Akta 707]
dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012
[Akta 743].”.
Pindaan seksyen 49
Seksyen 49 Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “Faedah”
dengan perkataan “Caj lewat bayar”;
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“faedah” dengan perkataan “caj lewat bayar”; dan
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“faedah” dengan perkataan “caj lewat bayar”.
Undang-Undang Malaysia 10
Akta A1504
Pindaan seksyen 50
Subseksyen 50(2b) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut:
“(b) dividen hendaklah dikreditkan ke atas apa-apa amaun yang ada pada kredit seseorang ahli Kumpulan
Wang sehingga kesemua jumlah wang yang ada pada kredit ahli itu dipindahkan kepada Pendaftar
Wang Tak Dituntut di bawah seksyen 51a.”.
Pindaan seksyen 51
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:
“(2) Walau apa pun subseksyen (1), amaun yang ada pada kredit seseorang ahli Kumpulan Wang di bawah perenggan (1)(c) boleh dilucuthakkan jika amaun yang ada pada kredit ahli itu adalah tertakluk kepada suatu perintah pelucuthakan oleh mahkamah di bawah Akta
Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan
Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti
Haram 2001 [Akta 613].”.
Pindaan seksyen 51a
Seksyen 51a Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Walau apa pun seksyen 51, Lembaga boleh memindahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut kesemua jumlah wang yang ada pada kredit seseorang ahli Kumpulan
Wang yang tidak dituntut apabila ahli itu telah mencapai umur satu ratus tahun atau apa-apa had umur sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.”.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan)
11
Pindaan seksyen 54c
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(2a) Seseorang ahli Kumpulan Wang yang telah membuat apa-apa pengeluaran di bawah subseksyen
atau (2) tidak boleh membuat apa-apa pengeluaran lain di bawah subseksyen yang sama.”; dan
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 55a seksyen yang berikut:
“Caruman kepada dan pengeluaran daripada Kumpulan
Wang bagi ahli Kumpulan Wang yang telah mencapai umur enam puluh tahun 55b. (1) Walau apa pun seksyen 55a, apa-apa caruman yang telah dikreditkan ke dalam akaun seseorang ahli Kumpulan
Wang selepas ahli itu mencapai umur lima puluh lima tahun hanya boleh dikeluarkan apabila ahli itu mencapai umur enam puluh tahun atau apa-apa umur lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Lembaga boleh membenarkan seseorang ahli Kumpulan
Wang yang telah mencapai umur enam puluh tahun atau apa-apa umur lain sebagaimana yang ditetapkan di bawah subseksyen (1), mengikut mana-mana yang lebih tinggi, untuk mengeluarkan kesemua jumlah wang atau sebahagian daripada amaun yang ada pada kreditnya tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.”.
Undang-Undang Malaysia 12
Akta A1504
Pindaan seksyen 59
Seksyen 59 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Jika mana-mana orang atau ahli Kumpulan Wang telah membuat permohonan bagi pengeluaran bagi maksud tertentu dan dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah subseksyen (1)
berhubung dengan permohonan itu, Lembaga boleh untuk tidak membenarkan permohonan lain bagi pengeluaran oleh orang itu atau ahli Kumpulan Wang itu bagi maksud yang sama sehingga pertuduhan itu diselesaikan mengikut penjalanan undang-undang.”.
Pindaan seksyen 65
Subseksyen 65(3) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “faedah” dengan perkataan “caj lewat bayar”.
Pindaan seksyen 66
Subseksyen 66(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “faedah” dengan perkataan “caj lewat bayar”.
Seksyen baru 69a
seksyen yang berikut:
“Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 69a. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
[Akta 198] hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga, seseorang ahli
Lembaga, seseorang ahli Panel Pelaburan, seseorang ahli jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Lembaga, dan mana-mana pegawai dan pekhidmat Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya, atau apa-apa peninggalan olehnya, dengan suci hati atas sifat sedemikian.”.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan)
13
Pindaan seksyen 70c
dalam perenggan (b), dengan memotong perkataan
“atau” di hujung perenggan itu;
dalam perenggan (c), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan “; atau”;
dan
dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut:
“(d) ahli Kumpulan Wang itu telah mencapai umur lima puluh lima tahun.”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(2) Jika seseorang ahli Kumpulan Wang yang bukan seorang warganegara Malaysia telah membuat pengeluaran kesemua amaun yang ada pada kreditnya di bawah perenggan (1)(d), ahli Kumpulan Wang itu tidak boleh dianggap sebagai pekerja di bawah Akta ini melainkan jika dia telah memberikan kepada
Lembaga dan majikannya suatu notis sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga mengenai niatnya untuk mencarum kepada Kumpulan Wang.
Tertakluk kepada subseksyen 59(1a) dan (3),
Lembaga boleh membenarkan permohonan seseorang ahli Kumpulan Wang yang bukan seorang warganegara
Malaysia untuk mengeluarkan sebahagian daripada amaun yang ada pada kreditnya bagi maksud pengeluaran di bawah subseksyen 54(6) atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.”.
Undang-Undang Malaysia 14
Akta A1504
Pindaan seksyen 70e
Seksyen 70e Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan
“54, 54a, 55a,” dengan perkataan “54 (selain subseksyen (6)),
55a (selain subseksyen (2)),”.
Seksyen baru 70h
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 70g seksyen yang berikut:
“Penghentian pembayaran dividen dan pemindahan kepada
Pendaftar Wang Tak Dituntut 70h. Walau apa pun subseksyen 50(2b) dan seksyen 51, tiada dividen boleh dikreditkan ke dalam akaun seseorang ahli
Kumpulan Wang yang bukan seorang warganegara Malaysia jika tiada caruman telah dikreditkan ke dalam akaunnya selepas tempoh tiga tahun dari tarikh caruman terakhir dikreditkan, dan
Lembaga boleh memindahkan kesemua jumlah wang yang ada pada akaunnya kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut selepas habis tempoh itu.”.
Pindaan seksyen 71
Seksyen 71 Akta ibu dipinda dengan memotong perenggan (g).
Pindaan seksyen 73
dengan memasukkan selepas perenggan (d) perenggan yang berikut:
“(da) untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara yang berhubungan dengan pemilihan oleh ahli Kumpulan Wang untuk akaun ahli itu diuruskan mengikut Shariah di bawah seksyen 43a dan pengurusan akaun itu;”;
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan)
dalam perenggan (f), dengan memotong perkataan
“, bersama-sama dengan apa-apa dividen ke atas caruman tersebut”; dan