Skip to content
Amendment ActIn force

Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2017

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2017
Sections
3
Languages
MS · EN

Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2017 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1522 2017, currently marked in force and first recorded in 2017.

Front matterCover and publication detailsOpen

1

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

Akta A1522

AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA

(PINDAAN) 2017

Undang-Undang Malaysia 2

Akta A1522

Tarikh Perkenan Diraja

...

...

9 Januari 2017

Tarikh penyiaran dalam Warta

...

16 Januari 2017

Hakcipta Pencetak H

Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan)

3

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta A1522

AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA

(PINDAAN) 2017

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk meminda Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa
(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2017.

(2)

Akta ini terpakai bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah

Persekutuan Labuan.

(3)

Akta ini mula berkuat kuasa di sesuatu Negeri pada tarikh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri, dengan persetujuan

Menteri, melalui pemberitahuan dalam Warta Negeri.

(4)

Akta ini mula berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah

Persekutuan Labuan pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,

Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan melalui pemberitahuan dalam Warta.

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1522

Seksyen baharu 20b

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 20a seksyen yang berikut:

“Kewajipan untuk mendapatkan nasihat 20b.  (1)  Tanpa menjejaskan seksyen 20a, hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap jabatan atau agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk mendapatkan nasihat Majlis mengenai cadangan pemajuan yang berhubungan dengan—

(a)

apa-apa penebusgunaan pinggir laut tidak termasuk penebusgunaan bagi pembinaan jeti atau pemulihan pantai; dan

(b)

apa-apa pembinaan infrastruktur utama negara termasuklah—

(i)

lapangan terbang, pelabuhan laut, pelabuhan darat, rangkaian pengangkutan kereta api, lebuh raya, stesen jana kuasa, empangan dan tapak pembuangan sisa toksik; dan

(ii)

infrastruktur lain yang berkepentingan negara sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis.

(2)

Bagi maksud mendapatkan nasihat Majlis di bawah subseksyen (1), jabatan atau agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri hendaklah mengemukakan kepada

Majlis cadangan pemajuan itu bersama dengan suatu laporan penilaian impak sosial dan laporan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis.”.

Pindaan seksyen 21a

Seksyen 21a Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perenggan (e) perenggan yang berikut:

“(ea) analisis dan langkah-langkah mitigasi bagi impak sosial dan impak lain sebagaimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa perancang tempatan;”; dan

Common questions

What is Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2017?
Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2017 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1522 2017, currently marked in force and first recorded in 2017.
Is Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2017 still in force?
Yes — Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2017 is currently in force.
When did Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2017 take effect?
Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2017 was first recorded in 2017.
How many sections does Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2017 have?
Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2017 contains 3 sections.
Where can I read the official version of Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2017?
The official text of Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2017 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.

Akta Perancangan Bandar dan Desa… (A1522) | mylaw.my