Seksyen 1
(2)
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan seksyen 3
/akn/my/act/amendment_act/2019/A1600
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA PERHIMPUNAN AMAN (PINDAAN) 2019 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1600 2019, currently marked in force and first recorded in 2019.
Opening note
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan seksyen 3
Akta Perhimpunan Aman 2012 [Akta 736], yang disebut
“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 3 dengan memotong takrif “protes jalanan”.
Pindaan seksyen 4
dalam subseksyen (1), dengan memotong perenggan (c);
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta A1600
AKTA PERHIMPUNAN AMAN (PINDAAN) 2019
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1600
Subseksyen 9(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “sepuluh hari” dengan perkataan “lima hari”.
Pindaan seksyen 12
Subseksyen 12(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “empat puluh lapan jam” dengan perkataan “dua puluh empat jam”.
Pindaan seksyen 14
Subseksyen 14(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “lima hari” dengan perkataan “tiga hari”.
Pindaan seksyen 16
“empat puluh lapan jam” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “dua puluh empat jam”.
Pindaan seksyen 21
Subseksyen 21(1) Akta ibu dipinda dengan memotong perenggan (b).
Seksyen baharu 21a
seksyen yang berikut:
“Kuasa untuk mengkompaun kesalahan 21a. (1) Pegawai yang Menjaga Daerah Polis boleh, dengan keizinan secara bertulis oleh Pendakwa Raya, mengkompaun mana-mana kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 9 atau 15 dengan membuat suatu tawaran bertulis
Perhimpunan Aman (Pindaan)
5
kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada
Pegawai yang Menjaga Daerah Polis apa-apa amaun wang yang tidak melebihi lima ribu ringgit dalam apa-apa masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.
Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya telah dimulakan.
Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Pegawai yang Menjaga Daerah Polis, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan apa-apa dokumen atau benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Pegawai yang Menjaga Daerah Polis, tertakluk kepada apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Pegawai yang Menjaga Daerah Polis.”.
Kecualian
Apa-apa penyiasatan, pendakwaan atau prosiding berkenaan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ibu yang belum selesai di bawah Akta ibu boleh, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.