Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

10. Kecualian

Feedback & support
(1)

Pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, kehendak mengenai tempoh yang berhubungan dengan pemberitahuan bagi suatu perhimpunan di bawah seksyen 9, 12 dan 16 Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini hendaklah terpakai bagi mana-mana pemberitahuan yang diberikan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini berkenaan dengan suatu perhimpunan yang belum diadakan.

(2)

Apa-apa penyiasatan, pendakwaan atau prosiding berkenaan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ibu yang belum selesai di bawah Akta ibu boleh, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

Report