Seksyen 1
(2)
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan seksyen 2
/akn/my/act/amendment_act/2020/A1623
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH RENDAH (PINDAAN) 2020 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1623 2020, currently marked in force and first recorded in 2020.
Opening note
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan seksyen 2
Akta Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1955 [Akta 55], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2
dengan memasukkan selepas takrif “prosiding” takrif yang berikut:
‘ “teknologi komunikasi jarak jauh” ertinya suatu rangkaian video secara langsung, rangkaian televisyen secara langsung atau apa-apa cara komunikasi elektronik yang lain;’.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta A1623
AKTA KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH RENDAH
(PINDAAN) 2020
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1622
Pindaan seksyen 3
Subseksyen 3(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perenggan (f) dengan perenggan yang berikut:
“(f) Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan;”.
Pindaan seksyen 4
Seksyen 4 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan yang berikut:
“(aa) bagi mengawal selia dan menetapkan tatacara dan amalan yang hendaklah diikuti di Mahkamah Rendah dalam segala kausa dan perkara apa jua pun dalam atau yang berkenaan dengan pendengaran apa-apa perkara atau prosiding melalui suatu teknologi komunikasi jarak jauh;”.