Skip to content
Amendment ActIn force

Akta Majlis Keselamatan Negara (Pindaan) 2020

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2020
Sections
9
Languages
MS · EN

Akta Majlis Keselamatan Negara (Pindaan) 2020 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1625 2020, currently marked in force and first recorded in 2020.

Front matterCover and publication detailsOpen

1

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

Akta A1625

AKTA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA

(PINDAAN) 2020

Undang-Undang Malaysia 2

Akta A1625

Tarikh Perkenan Diraja

...

...

22 Oktober 2020

Tarikh penyiaran dalam Warta

...

31 Oktober 2020

Hakcipta Pencetak H

Majlis Keselamatan Negara (Pindaan)

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk meminda Akta Majlis Keselamatan Negara 2016. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas

Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 [Akta 776], yang disebut

“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2, dalam takrif

“kawasan keselamatan”, dengan menggantikan perkataan “Perdana

Menteri” dengan perkataan “Yang di-Pertuan Agong”.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta A1625

AKTA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA

(PINDAAN) 2020

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1625

Pindaan seksyen 6

Seksyen 6 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menomborkan semula seksyen yang sedia ada sebagai subseksyen (1);

(b)

dalam subseksyen (1) sebagaimana yang dinomborkan semula, dengan memotong perenggan (b); dan

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:

“(2)  Pengerusi hendaklah melantik dalam kalangan anggota Majlis seorang Timbalan Pengerusi.”.

Pindaan seksyen 8

Seksyen 8 Akta ibu dipinda dalam subseksyen (2) dengan menggantikan perkataan “seorang anggota Majlis” dengan perkataan

“mana-mana anggota Majlis yang lain”.

Pindaan seksyen 18

Seksyen 18 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“Perdana Menteri” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “Yang di-Pertuan Agong”;

(b)

dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan

“Perdana Menteri” dengan perkataan “Yang di-Pertuan

Agong, atas nasihat Majlis,”;

(c)

dalam subseksyen (6), dengan menggantikan perkataan

“di Parlimen” dengan perkataan “di hadapan kedua-dua

Majlis Parlimen”; dan

(d)

dalam subseksyen (7), dengan menggantikan perkataan “Perdana Menteri boleh” dengan perkataan

“Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Majlis”.

Majlis Keselamatan Negara (Pindaan)

5

Pindaan seksyen 21

Seksyen 21 Akta ibu dipinda—

(i)

dalam perenggan (a), dengan memotong perkataan

“dan” di hujung perenggan itu;

(ii)

dalam perenggan (b), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan “; dan”;

dan

(iii)

dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:

“(c) meminta daripada mana-mana individu atau entiti selain Entiti Kerajaan, apa-apa maklumat atau risikan dalam milikannya.”;

dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (5) subseksyen yang berikut:

“(6)  Mana-mana individu yang tidak mematuhi permintaan di bawah perenggan (3)(c) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.

(7)

Mana-mana entiti selain Entiti Kerajaan yang tidak mematuhi permintaan di bawah perenggan (3)(c)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit.”.

Pindaan seksyen 37

Seksyen 37 Akta ibu dipinda dalam subseksyen (2) dengan menggantikan perkataan “dua tahun” dengan perkataan “lima tahun”.

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1625

Pindaan seksyen 42

Seksyen 42 Akta ibu dipinda dalam subseksyen (1) dan (2), dengan menggantikan perkataan “Perdana Menteri” dengan perkataan “Majlis”.

Seksyen baharu 42a dan 42b

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 42

seksyen yang berikut:

“Tanggungan pengarah, dsb., bagi syarikat, dsb.

Quoted provision

Seksyen 42a

Jika mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini ialah suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain, seseorang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pegawai pematuhan, pekongsi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu atau yang berupa sebagai bertindak atas sifat itu atau yang dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu atau yang membantu dalam pengurusannya—

(a)

boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu; dan

(b)

jika syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama sebagaimana seorang individu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—

(i)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya; dan

Majlis Keselamatan Negara (Pindaan)

(ii)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.

Tanggungan seseorang bagi perbuatan, dsb., pekerja, dsb.

Quoted provision

Seksyen 42b

Jika mana-mana orang boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran yang dilakukan—

(a)

oleh pekerja orang itu dalam penjalanan pekerjaannya;

(b)

oleh ejen orang itu apabila bertindak bagi pihak orang itu; atau

(c)

oleh pekerja ejen orang itu semasa bertindak dalam penjalanan pekerjaannya dengan ejen orang itu atau selainnya bagi pihak ejen orang itu yang bertindak bagi pihak orang itu, orang itu boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran oleh pekerja atau ejen orang itu, atau oleh pekerja ejen orang itu.”.

Common questions

What is Akta Majlis Keselamatan Negara (Pindaan) 2020?
Akta Majlis Keselamatan Negara (Pindaan) 2020 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1625 2020, currently marked in force and first recorded in 2020.
Is Akta Majlis Keselamatan Negara (Pindaan) 2020 still in force?
Yes — Akta Majlis Keselamatan Negara (Pindaan) 2020 is currently in force.
When did Akta Majlis Keselamatan Negara (Pindaan) 2020 take effect?
Akta Majlis Keselamatan Negara (Pindaan) 2020 was first recorded in 2020.
How many sections does Akta Majlis Keselamatan Negara (Pindaan) 2020 have?
Akta Majlis Keselamatan Negara (Pindaan) 2020 contains 11 sections.
Where can I read the official version of Akta Majlis Keselamatan Negara (Pindaan) 2020?
The official text of Akta Majlis Keselamatan Negara (Pindaan) 2020 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.

Akta Majlis Keselamatan Negara (Pindaan)… (A1625) | mylaw.my