Seksyen 1
(2)
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan seksyen 19
/akn/my/act/amendment_act/2020/A1629
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA EKSAIS (PINDAAN) 2020 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1629 2020, currently marked in force and first recorded in 2020.
Opening note
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan seksyen 19
Akta Eksais 1976 [Akta 176], yang disebut “Akta ibu” dalam
dalam perenggan (d), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan “; dan”; dan
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta A1629
AKTA EKSAIS (PINDAAN) 2020
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1629
dengan memasukkan selepas perenggan (d) perenggan yang berikut:
“(e) pulangan cukai yang dituntut berkenaan dengan mana-mana satu konsainan barang-barang yang dieksport tidaklah kurang daripada dua ratus ringgit.”.
Pindaan seksyen 19a
Akta ini, dipinda dalam subseksyen 19(1)—
Subseksyen 19a(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “sembilan per sepuluh daripada duti yang dikira mengikut subseksyen (2) boleh dibayar semula” dengan perkataan
“Ketua Pengarah boleh membenarkan sembilan per sepuluh daripada duti yang dikira mengikut subseksyen (2) dibayar semula”.
Seksyen baharu 50b
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 50a seksyen yang berikut:
“Kuasa tambahan 50b. (1) Sebagai tambahan kepada dan tanpa menjejaskan kuasa sedia ada yang diberikan di bawah Akta ini, apabila membawa dan menjaga mana-mana orang dalam tahanan, seseorang pegawai yang hak hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis yang berpangkat Koperal dan lebih rendah dan kuasa seorang pegawai penjara yang berpangkat Sarjan dan lebih rendah di bawah Akta Penjara 1995 [Akta 537].
Bagi maksud Akta ini—
jika sesuatu perintah, perakuan atau apa-apa perbuatan lain dikehendaki supaya diberikan, dikeluarkan atau dilakukan oleh seseorang pegawai penjaga
Daerah Polis di bawah mana-mana undang-undang bertulis, perintah, perakuan atau perbuatan itu boleh diberikan, dikeluarkan atau dilakukan oleh seorang
Eksais (Pindaan)
5
pegawai kanan eksais, dan bagi maksud itu, tempat yang perintah, perakuan atau perbuatan itu diberikan, dikeluarkan atau dilakukan hendaklah disifatkan sebagai
Daerah Polis di bawah jagaannya; dan
seseorang pegawai yang hak hendaklah mempunyai segala kuasa yang diberikan kepada seseorang pegawai penjaga balai polis di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan bagi maksud itu pejabat pegawai itu hendaklah disifatkan sebagai suatu balai polis.”.
Pindaan seksyen 54
Seksyen 54 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(3a) Jika oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya tidak praktikal untuk mengeluarkan apa-apa barang-barang, kereta, vesel atau kapal udara yang disita di bawah seksyen ini, pegawai yang menyita itu boleh, dengan apa-apa cara, mengelak barang-barang, kereta, vesel atau kapal udara itu, atau premis atau tempat yang di dalamnya barang-barang, kereta, vesel atau kapal udara itu dijumpai.
Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecah, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (3a) atau mengeluarkan apa-apa barang-barang, kereta, vesel atau kapal udara yang dilak itu, atau cuba untuk berbuat demikian, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.”.
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1629
Seksyen baharu 56e
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 56d seksyen yang berikut:
“Keterangan ejen provokasi boleh diterima 56e. (1) Walau apa pun mana-mana rukun undang-undang atau peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, tiada ejen provokasi boleh dianggap tidak boleh dipercayai hanya oleh sebab dia cuba untuk bersubahat atau telah bersubahat dalam melakukan suatu kesalahan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini jika cubaan untuk bersubahat atau persubahatan itu adalah semata-mata bagi maksud mendapatkan keterangan terhadap orang itu.
Walau apa pun mana-mana rukun undang-undang atau peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, dan ejen provokasi itu ialah seorang pegawai eksais atau pegawai polis tidak kira apa jua pangkatnya, apa-apa pernyataan, sama ada lisan atau bertulis, yang dibuat kepada ejen provokasi oleh mana-mana orang yang kemudiannya dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh diterima sebagai keterangan semasa perbicaraannya.”.