Seksyen 1
(2)
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan am
/akn/my/act/amendment_act/2022/A1670
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA EKSAIS (PINDAAN) 2022 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1670 2022, currently marked in force and first recorded in 2022.
Opening note
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan am
Akta Eksais 1976 [Akta 176], yang disebut “Akta ibu” dalam
dengan menggantikan perkataan “dalam borang yang ditetapkan”, di mana-mana jua terdapat dalam subseksyen 47(2) dan perenggan 13(1)(b), 19(1)(d), 19a(1)(e)
dan 67(3a)(b), dengan perkataan “dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah”; dan
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta A1670
AKTA EKSAIS (PINDAAN) 2022
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1670
dengan menggantikan perkataan “yang pada keseluruhan isinya mengikut borang yang ditetapkan dengan memberikan butir-butir barang yang diangkut dalam kenderaan, vesel atau kapal udara itu”, di mana-mana jua terdapat dalam seksyen 91dc dan 91k, dengan perkataan
“dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah”.
Pindaan seksyen 5a
Akta ini, dipinda—
Subseksyen 5a(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Mana-mana orang boleh memohon, dalam borang yang ditetapkan berserta dengan fi yang ditetapkan, kepada
Ketua Pengarah” dengan perkataan “Mana-mana orang boleh memohon kepada Ketua Pengarah, dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah bersama dengan fi yang ditetapkan,”.
Pindaan seksyen 16
Seksyen 16 Akta ibu dipinda dengan memotong subseksyen (2).
Pindaan seksyen 19b
Seksyen 19b Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “mengikut borang yang ditetapkan” dengan perkataan
“dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah”.
Pindaan seksyen 20
Subseksyen 20(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “dalam borang yang ditetapkan yang dikeluarkan oleh
Ketua Pengarah” dengan perkataan “yang dikeluarkan oleh
Ketua Pengarah dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah”.
Eksais (Pindaan)
5
Pindaan seksyen 23
Subseksyen 23(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “dalam borang yang ditetapkan yang diluluskan oleh pegawai yang hak” dengan perkataan “, dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah, yang diluluskan oleh pegawai yang hak”.
Seksyen baharu 44aa dan 44ab
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 44a seksyen yang berikut:
“Kuasa untuk melanjutkan tempoh 44aa. Jika, melalui Akta ini, suatu tempoh dinyatakan yang dalamnya sesuatu perbuatan atau benda hendaklah dilakukan oleh seseorang, dan Menteri berpuas hati bahawa perbuatan atau benda itu tidak dapat disempurnakan dalam tempoh itu disebabkan oleh berlakunya kecemasan awam atau krisis kesihatan awam, Menteri boleh, mengikut terma dan syarat yang difikirkannya patut, melanjutkan tempoh untuk menyempurnakan perbuatan atau benda itu sebelum tamat tempoh itu.
Kuasa untuk mengubah suai terma dan syarat 44ab. (1) Jika terma dan syarat dikenakan menurut Akta ini,
Menteri boleh, atas nasihat Ketua Pengarah, dari semasa ke semasa mengubah suai terma dan syarat bagi maksud melaksanakan tujuan Akta ini.
Sebelum mengubah suai terma dan syarat, notis hendaklah diberikan kepada orang yang terikat dengan terma dan syarat itu menyatakan—
tarikh terma dan syarat sebagaimana diubah suai itu berkuat kuasa.
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1670
Terma dan syarat yang diubah suai tidak boleh berkuat kuasa kurang daripada empat belas hari dari tarikh notis di bawah subseksyen (2) dikeluarkan.
Jika terma dan syarat itu pada mulanya dikenakan oleh
Ketua Pengarah menurut Akta ini, terma dan syarat sebagaimana diubah suai oleh Menteri hendaklah disifatkan telah dikenakan oleh Ketua Pengarah.
Bagi maksud seksyen ini, “ubah suai” ertinya tambah, potong atau ubah.”.
Pindaan seksyen 85
Subseksyen 85(2) Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (e) dengan menggantikan perkataan
“Akta ini” dengan perkataan “seksyen 35”.
Pindaan seksyen 90c
Seksyen 90c Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan
“yang pada keseluruhan isinya mengikut borang yang ditetapkan dengan memberikan butir-butir barang yang diangkut dalam kenderaan, vesel atau kapal udara itu” dengan perkataan “dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah”.
Pindaan seksyen 91w
Seksyen 91w Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “yang pada keseluruhan isinya mengikut borang yang ditetapkan dengan memberikan butir-butir barang-barang yang diangkut dalam kenderaan, vesel atau kapal udara itu”
dengan perkataan “dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah”.