Seksyen 1
(2)
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Seksyen baharu 62a dan 62b
/akn/my/act/amendment_act/2022/A1674
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA LEVI PELEPASAN (PINDAAN) 2022 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1674 2022, currently marked in force and first recorded in 2022.
Opening note
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Seksyen baharu 62a dan 62b
Akta Levi Pelepasan 2019 [Akta 813] dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 62 seksyen yang berikut:
“Kuasa untuk melanjutkan tempoh 62a. Jika, melalui Akta ini, suatu tempoh dinyatakan yang dalamnya sesuatu perbuatan atau benda hendaklah dilakukan oleh seseorang, dan Menteri berpuas hati bahawa perbuatan
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta A1674
AKTA LEVI PELEPASAN (PINDAAN) 2022
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1674
atau benda itu tidak dapat disempurnakan dalam tempoh itu disebabkan oleh berlakunya kecemasan awam atau krisis kesihatan awam, Menteri boleh, mengikut terma dan syarat yang difikirkannya patut, melanjutkan tempoh untuk menyempurnakan perbuatan atau benda itu sebelum habis tempoh itu.
Kuasa untuk mengubah suai terma dan syarat 62b. (1) Jika terma dan syarat dikenakan menurut Akta ini,
Menteri boleh, atas nasihat Ketua Pengarah, dari semasa ke semasa mengubah suai terma dan syarat bagi maksud melaksanakan tujuan Akta ini.
Sebelum mengubah suai terma dan syarat, notis hendaklah diberikan kepada orang yang terikat dengan terma dan syarat itu menyatakan—
Terma dan syarat yang diubah suai tidak boleh berkuat kuasa kurang daripada empat belas hari dari tarikh notis di bawah subseksyen (2) dikeluarkan.
Jika terma dan syarat itu pada mulanya dikenakan oleh Ketua Pengarah menurut Akta ini, terma dan syarat sebagaimana diubah suai oleh Menteri hendaklah disifatkan telah dikenakan oleh Ketua Pengarah.