/akn/my/act/amendment_act/2025/A1757

AKTA AMANAH LABUAN (PINDAAN) 2025

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Amendment Act
Status
In force
Enacted
2025
Sections
6
Languages
MS · EN

Quick answer

About this amendment act

AKTA AMANAH LABUAN (PINDAAN) 2025 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1757 2025, currently marked in force and first recorded in 2025.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk meminda Akta Amanah Labuan 1996. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas

Seksyen 2

Pindaan seksyen 2

Open as pageSuggest a correction

dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—

(a)

dalam takrif “pemastautin”, dengan menggantikan perkataan

“menurut seksyen 43 Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953

[Akta 17]” dengan perkataan “menurut perenggan 214(6)(a)

Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] dan perenggan 225(6)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan

Islam 2013 [Akta 759]”; dan

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta A1757

AKTA AMANAH LABUAN (PINDAAN) 2025

Undang-Undang Malaysia 4

Suggest a correction

(b)

dengan memasukkan selepas takrif “pemastautin” takrif yang berikut:

‘ “pemunya benefisial” ertinya orang sebenar yang mengawal atau mendapat faedah secara langsung atau tidak langsung daripada harta atau aset amanah Labuan, dan termasuklah orang yang mempunyai kawalan dan pengaruh berkesan dalam amanah Labuan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;’.

Pindaan seksyen 7

Suggest a correction

Seksyen 3

Seksyen 7 Akta ibu dipinda—

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“apa-apa harta Malaysia” dengan perkataan “apa-apa harta yang terletak di Malaysia”; dan

Suggest a correction

(b)

dengan memotong subseksyen (5), (6) dan (7).

Pindaan seksyen 14

Suggest a correction

Seksyen 4

Seksyen 14 Akta ibu dipinda—

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam subseksyen (2), dengan memotong perkataan

“dan hendaklah menjadi alamat bagi penyampaian apa-apa dokumen kepada amanah itu”; dan

Suggest a correction

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)  Bagi maksud Akta ini, apa-apa dokumen yang disampaikan di bawah Akta ini hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada suatu amanah Labuan jika dokumen itu—

Suggest a correction

(a)

ditinggalkan pada, atau dihantar melalui pos biasa atau pos berdaftar ke alamat terakhir pejabat berdaftar amanah Labuan itu yang diketahui; atau

Akta A1757

Amanah Labuan (Pindaan)

Suggest a correction

(b)

disampaikan melalui cara elektronik ke alamat atau nombor yang diberikan oleh amanah Labuan atau pemegang amanah Labuan itu.”.

Bahagian baharu IIa

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 21 bahagian yang berikut:

“Bahagian IIa

PEMUNYAAN BENEFISIAL

Daftar pemunya benefisial amanah Labuan 21a.  (1)  Seseorang pemegang amanah hendaklah menyimpan suatu daftar pemunya benefisial bagi amanah Labuan dan merekodkan dalam daftar itu—

(a)

nama penuh, alamat, kewarganegaraan, pengenalan dan tempat kediaman biasa orang yang merupakan pemunya benefisial amanah Labuan itu;

Suggest a correction

(b)

tarikh orang itu menjadi seorang pemunya benefisial amanah Labuan itu;

Suggest a correction

(c)

tarikh orang itu terhenti daripada menjadi pemunya benefisial amanah Labuan itu; dan

Suggest a correction

(d)

apa-apa maklumat lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

Suggest a correction

(2)

Daftar pemunya benefisial amanah Labuan hendaklah disimpan di pejabat berdaftar amanah Labuan itu.

Suggest a correction

(3)

Seseorang pemegang amanah hendaklah menyerahkan kepada Lembaga suatu notis tentang apa-apa perubahan kepada butir-butir dalam daftar pemunya benefisial amanah Labuan itu.

Undang-Undang Malaysia 6

Suggest a correction

(4)

Apa-apa notis yang dikehendaki di bawah subseksyen (3)

hendaklah diserahkan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh perubahan itu direkodkan dalam daftar pemunya benefisial amanah Labuan itu.

Suggest a correction

(5)

Seseorang pemegang amanah hendaklah menyimpan maklumat orang sebenar yang telah direkodkan dalam daftar pemunya benefisial amanah Labuan itu sebagai pemunya benefisial tetapi kemudiannya terhenti menjadi pemunya benefisial amanah

Labuan itu selama enam tahun dari tarikh orang sebenar itu terhenti menjadi seorang pemunya benefisial.

Suggest a correction

(6)

Suatu catatan yang berhubungan dengan orang sebenar yang terhenti menjadi pemunya benefisial amanah Labuan di bawah subseksyen (5) hendaklah dikeluarkan daripada daftar pemunya benefisial amanah Labuan itu selepas tamat tempoh enam tahun dari tarikh orang sebenar itu terhenti menjadi seorang pemunya benefisial.

Suggest a correction

(7)

Mana-mana pemegang amanah yang mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan atau tidak tepat kepada

Lembaga di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Penalti: Denda tidak melebihi satu juta ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(8)

Lembaga hendaklah menentukan bentuk, cara dan takat maklumat yang perlu disimpan di bawah subseksyen (1) dan diserahkan di bawah subseksyen (3).

Suggest a correction

(9)

Lembaga boleh, melalui notis secara bertulis, mengarahkan pemegang amanah suatu amanah Labuan untuk menyerahkan kepada Lembaga dalam suatu tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis, maklumat berhubung dengan pemunya benefisial yang disimpan oleh pemegang amanah itu.

Suggest a correction

(10)

Daftar pemunya benefisial amanah Labuan hendaklah menjadi keterangan prima facie bagi apa-apa perkara yang dimasukkan dalam daftar di bawah Akta ini.

Akta A1757

Amanah Labuan (Pindaan)

Suggest a correction

(11)

Lembaga boleh, berhubung dengan akses kepada daftar pemunya benefisial amanah Labuan yang disimpan di pejabat berdaftar amanah Labuan itu atau maklumat pemunyaan benefisial yang diserahkan kepada Lembaga, menentukan—

(a)

mana-mana orang yang boleh mengakses daftar pemunya benefisial amanah Labuan atau maklumat pemunyaan benefisial;

Suggest a correction

(b)

cara dan terma dan syarat bagi mengakses daftar pemunya benefisial amanah Labuan atau maklumat pemunyaan benefisial; dan

Suggest a correction

(c)

fi bagi pembekalan maklumat pemunyaan benefisial.

Suggest a correction
Suggest a correction

(12)

Seksyen 8a, subseksyen 15(3) dan subseksyen 41(4) Akta tidak terpakai jika penzahiran atau akses telah ditentukan oleh Lembaga menurut subseksyen (11).

Suggest a correction

(13)

Mana-mana pemegang amanah yang tidak mematuhi kehendak subseksyen (1), (2), (3), (4), (5), (6) atau (9)

melakukan suatu kesalahan dan Lembaga boleh mengenakan penalti pentadbiran mengikut seksyen 36g Akta Lembaga

Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996.

Kuasa pemegang amanah untuk menghendaki penzahiran maklumat pemunyaan benefisial 21b.  (1)  Pemegang amanah hendaklah, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana pembuat amanah, pelindung, pemegang amanah, penguat kuasa atau benefisiari suatu amanah

Labuan itu dalam apa-apa masa yang munasabah dan dengan apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu—

(a)

untuk memaklumkan pemegang amanah itu sama ada pembuat amanah, pelindung, pemegang amanah, penguat kuasa atau benefisiari amanah Labuan itu merupakan pemunya benefisial amanah Labuan itu atau jika pembuat amanah, pelindung, pemegang amanah, penguat kuasa atau benefisiari amanah Labuan itu bukan pemunya benefisial amanah Labuan itu, setakat yang mungkin untuk berbuat demikian, untuk menunjukkan orang itu dengan nama dan dengan butir-butir lain yang mencukupi untuk membolehkan orang itu dikenal pasti sebagai pemunya benefisial amanah Labuan itu; dan

Undang-Undang Malaysia 8

Suggest a correction

(b)

untuk memberikan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 21a(1).

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Jika pemegang amanah mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang merupakan pemunya benefisial amanah

Labuan itu, pemegang amanah itu hendaklah, melalui notis secara bertulis, menghendaki orang itu dalam apa-apa masa yang munasabah dan dengan apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu—

(a)

untuk menyatakan sama ada dia merupakan pemunya benefisial amanah Labuan itu atau jika dia bukan pemunya benefisial amanah Labuan itu, untuk menyatakan sama ada dia mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang lain merupakan pemunya benefisial amanah Labuan itu dan untuk memberikan apa-apa butir-butir mengenai orang itu yang dalam pengetahuannya;

dan

Suggest a correction

(b)

untuk memberikan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 21a(1).

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Jika pemegang amanah mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana pembuat amanah, pelindung, pemegang amanah, penguat kuasa atau benefisiari suatu amanah Labuan atau mana-mana orang mengetahui identiti orang yang merupakan pemunya benefisial amanah Labuan itu, pemegang amanah itu hendaklah, melalui notis secara bertulis, menghendaki pembuat amanah, pelindung, pemegang amanah, penguat kuasa atau benefisiari amanah

Labuan itu atau orang itu dalam apa-apa masa yang munasabah dan dengan apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu—

(a)

untuk menyatakan sama ada dia mengetahui, atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang lain itu merupakan pemunya benefisial amanah Labuan itu dan untuk memberikan apa-apa butir-butir orang itu yang dalam pengetahuannya;

dan

Akta A1757

Amanah Labuan (Pindaan)

Suggest a correction

(b)

untuk memberikan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 21a(1).

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Apabila pemegang amanah menerima maklumat daripada orang yang kepadanya notis itu diberikan di bawah subseksyen (1), (2) atau (3), pemegang amanah suatu amanah

Labuan itu hendaklah, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh maklumat itu diterima, merekodkan dalam daftar pemunya benefisial amanah Labuan itu—

(a)

tarikh notis yang menghendaki maklumat itu telah dikeluarkan; dan

Suggest a correction

(b)

butir-butir maklumat yang diterima daripada orang itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Jika pemegang amanah mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu perubahan telah berlaku terhadap butir-butir pemunya benefisial amanah Labuan yang dinyatakan dalam daftar pemunya benefisial amanah Labuan itu, pemegang amanah itu hendaklah memberikan notis kepada pemunya benefisial amanah Labuan itu—

(a)

untuk mengesahkan sama ada atau tidak perubahan itu telah berlaku; dan

Suggest a correction

(i)

untuk menyatakan tarikh perubahan itu; dan

(ii)

untuk memberikan butir-butir mengenai perubahan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Jika pemegang amanah mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa apa-apa butir-butir pemunya benefisial amanah Labuan yang dinyatakan dalam daftar pemunya benefisial amanah Labuan mungkin tidak betul, pemegang amanah itu hendaklah memberikan notis kepada pemunya benefisial amanah

Labuan itu untuk mengesahkan sama ada butir-butir itu adalah betul, dan jika tidak, untuk memberikan butir-butir yang betul.

Undang-Undang Malaysia 10

Suggest a correction

(7)

Seseorang pemegang amanah hendaklah memastikan bahawa amanah Labuan itu mematuhi obligasi di bawah seksyen ini.

Suggest a correction

(8)

Mana-mana pemegang amanah yang tidak mematuhi kehendak seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Kewajipan pemunya benefisial amanah Labuan untuk memberikan maklumat 21c.  (1)  Seseorang yang mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dia merupakan pemunya benefisial suatu amanah Labuan hendaklah, dalam masa tiga puluh hari—

(a)

memberitahu pemegang amanah bahawa dia merupakan pemunya benefisial amanah Labuan itu; dan

Suggest a correction

(b)

memberikan maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Seseorang yang merupakan pemunya benefisial amanah

Labuan hendaklah, dalam masa tiga puluh hari, memberitahu pemegang amanah mengenai apa-apa perubahan butir-butirnya dalam daftar pemunya benefisial amanah Labuan itu.

Suggest a correction

(3)

Seseorang yang terhenti menjadi pemunya benefisial amanah Labuan hendaklah memberitahu pemegang amanah, secepat yang dapat dilaksanakan, mengenai perubahan itu dengan menyatakan—

Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi kehendak seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Akta A1757

Amanah Labuan (Pindaan)

11

Obligasi pemegang amanah untuk menyenggara dan menyimpan maklumat yang kemas kini 21d.  (1)  Seseorang pemegang amanah hendaklah menyenggara dan menyimpan butir-butir pemunyaan benefisial dalam daftar pemunya benefisial di bawah seksyen 21a yang dikemas kini dari semasa ke semasa.

Suggest a correction

(2)

Seseorang pemegang amanah hendaklah memastikan suatu amanah Labuan mematuhi obligasi di bawah seksyen ini.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana pemegang amanah yang tidak mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Kuasa Lembaga untuk menjalankan pemeriksaan terhadap daftar pemunya benefisial amanah Labuan 21e.  Lembaga boleh menjalankan pemeriksaan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 28c Akta Lembaga

Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996 [Akta 545] terhadap daftar pemunya benefisial yang disimpan oleh pemegang amanah bagi suatu amanah Labuan di bawah Bahagian ini.”.

Pindaan seksyen 54

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

Subseksyen 54(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “sepuluh ribu ringgit” dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit”.

Common questions

What is AKTA AMANAH LABUAN (PINDAAN) 2025?
AKTA AMANAH LABUAN (PINDAAN) 2025 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1757 2025, currently marked in force and first recorded in 2025.
Is AKTA AMANAH LABUAN (PINDAAN) 2025 still in force?
Yes — AKTA AMANAH LABUAN (PINDAAN) 2025 is currently in force.
When did AKTA AMANAH LABUAN (PINDAAN) 2025 take effect?
AKTA AMANAH LABUAN (PINDAAN) 2025 was first recorded in 2025.
How many sections does AKTA AMANAH LABUAN (PINDAAN) 2025 have?
AKTA AMANAH LABUAN (PINDAAN) 2025 contains 6 sections.
Where can I read the official version of AKTA AMANAH LABUAN (PINDAAN) 2025?
The official text of AKTA AMANAH LABUAN (PINDAAN) 2025 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA AMANAH LABUAN (PINDAAN) 2025 (A1757) | mylaw.my