Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
Seksyen 17 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam subseksyen (1)—
(i)
dengan memasukkan selepas perkataan
“institusi pelapor” perkataan “, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu”; dan
(ii)
dengan memasukkan selepas perkataan
“disempurnakan atau dibatalkan” perkataan
“, mengikut mana-mana yang terkemudian”;
(b)
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Sesuatu institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu hendaklah juga menyenggara rekod bagi membolehkan pembentukan semula apa-apa transaksi atau aktiviti.”;
(c)
dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas perkataan
“institusi pelapor” perkataan “, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu”; dan
(d)
dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan
“institusi pelapor yang” dengan perkataan “institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu yang”.
Pindaan seksyen 18