Skip to content

Seksyen 15

“Pemusatan maklumat

of Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Pindaan) 2025

Amendment ActIn forceProvision 15 of 52
Seksyen 15
(1)

Sesuatu institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu hendaklah menubuhkan, mentadbir dan menyenggara suatu sistem bagi pemusatan maklumat yang dikumpul menurut Bahagian ini.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), pihak berkuasa berwibawa boleh mengeluarkan apa-apa arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak kepada, atau mengenakan apa-apa syarat ke atas, institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu mengenai bentuk dan cara pemusatan maklumat.

Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan

Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada

Aktiviti Haram (Pindaan)

(3)

Institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu hendaklah mematuhi arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak yang dikeluarkan, atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (2).

(4)

Mana-mana institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu yang melanggar subseksyen (1)

atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit.”.

Pindaan seksyen 16