Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
Seksyen 18 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas perkataan “lazimnya dikenali, institusi pelapor itu”
perkataan “, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu”; dan
Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan
Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada
Aktiviti Haram (Pindaan)
(b)
dengan memasukkan selepas subseksyen (5) subseksyen yang berikut:
“(5a) Bagi maksud subseksyen (1), (2) dan (3), pihak berkuasa berwibawa boleh mengeluarkan apa-apa arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak kepada, atau mengenakan apa-apa syarat ke atas, institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor mengenai pembukaan akaun atau penjalanan hubungan perniagaan, transaksi atau aktiviti atas nama rekaan, palsu atau tidak betul.
(5b)
Institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu hendaklah mematuhi arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak yang dikeluarkan, atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (5a).”.
Pindaan seksyen 19