Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
Seksyen 19 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam subseksyen (1)—
(i)
dengan memasukkan selepas perkataan “Sesuatu institusi pelapor” perkataan “, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu”; dan
(ii)
dengan memasukkan selepas perkataan “rancangan, polisi, tatacara dan kawalan dalaman” perkataan
“, sebagaimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa berwibawa,”;
(b)
dalam subseksyen (3) dan (5), dengan memasukkan selepas perkataan “Sesuatu institusi pelapor” perkataan “, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu”; dan
Undang-Undang Malaysia 18
Akta A1761
(c)
dengan memasukkan selepas subseksyen (5) subseksyen yang berikut:
“(6) Bagi maksud seksyen ini, pihak berkuasa berwibawa boleh mengeluarkan apa-apa arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak kepada, atau mengenakan apa-apa syarat ke atas, institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu mengenai rancangan pematuhan.
(7)
Institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu hendaklah mematuhi arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak yang dikeluarkan, atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (6).
(8)
Mana-mana institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu yang melanggar subseksyen (1), (3), (4), (5) atau (7) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit.”.
Pindaan seksyen 21