Malaysia legislation

Section 19

of *AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN AKTIVITI TERHAD DAN HASIL DARIPADA AKTIVTI HARAM 2001

Seksyen 19

(2)

Rancangan dalam subseksyen (1) hendaklah termasuk—

(a)

pewujudan tatacara bagi memastikan tahap integriti yang tinggi bagi pekerjanya dan suatu sistem untuk menilai sejarah peribadi, pekerjaan dan kewangan pekerja itu;

(b)

rancangan latihan pekerja secara berterusan, seperti rancangan “kenali pelanggan anda”, dan mengarahkan pekerja mengenai tanggungjawab yang ditentukan dalam seksyen 13, 14, 14A, 15, 16 dan 17; dan

(c)

suatu fungsi audit bebas bagi memeriksa pematuhan rancangan itu.

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 613

(3)

Sesuatu institusi pelapor hendaklah melaksanakan rancangan pematuhan di bawah subseksyen (1) ke atas cawangan dan subsidiarinya di dalam dan di luar Malaysia.

(4)

Sesuatu institusi pelapor hendaklah juga melantik pegawai pematuhan pada peringkat pengurusan dalam setiap cawangan dan subsidiari yang akan bertanggungjawab bagi pemakaian rancangan dan tatacara dalaman itu, termasuk penyenggaraan yang berpatutan bagi rekod dan pelaporan transaksi yang mencurigakan.

(5)

Sesuatu institusi pelapor hendaklah membangunkan fungsi audit bagi menilai polisi, tatacara dan kawalan itu bagi menguji pematuhan langkah yang diambil oleh institusi pelapor itu bagi mematuhi peruntukan Akta ini dan keberkesanan langkah itu.

Obligasi kerahsiaan diatasi

*20. Peruntukan Bahagian ini hendaklah berkuat kuasa walau apa pun apa-apa obligasi tentang kerahsiaan atau sekatan lain tentang penzahiran maklumat yang dikenakan oleh mana-mana undang-undang bertulis atau selainnya.

Obligasi pihak berkuasa pengawasan atau pelesenan

Section 19 — ANTI-MONEY LAUNDERING, ANTI-TERRORISM FINANCING, ANTI-RESTRICTED ACTIVITY FINANCING AND PROCEEEDS OF UNLAWFUL ACTIVITIES ACT 2001