Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
(a)
mengambil langkah-langkah perlu bagi mencegah atau mengelak mana-mana orang yang tidak sesuai daripada mengawal, atau menyertai, secara langsung atau tidak langsung, dalam lembaga pengarah, pengurusan atau pengendalian institusi pelapor itu;
*CATATAN—Digunakan menurut seksyen 8 Akta ini bagi institusi yang menjalankan perniagaan perbankan, perniagaan syarikat kewangan, perniagaan perdagangan perbankan dan perniagaan perbankan
Islam yang berkuat kuasa pada 15 Januari 2002–lihat P.U. (A) 20/2002
Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
45
Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram
(b)
memeriksa dan mengawas institusi pelapor, dan mengawal selia dan menentusahkan, melalui pemeriksaan kerap, bahawa sesuatu institusi pelapor itu menerima pakai dan melaksanakan rancangan pematuhan dalam seksyen 19;
(c)
mengeluarkan garis panduan untuk membantu institusi pelapor dalam mengesan corak tabiat yang mencurigakan pada pelanggan mereka dan garis panduan itu hendaklah dibangunkan dengan mengambil kira teknik pengurusan wang yang moden dan selamat dan akan bertindak sebagai suatu alat pendidikan bagi pekerja institusi pelapor; dan
(d)
bekerjasama dengan agensi penguat kuasa lain dan memberikan bantuan teknikal dalam mana-mana penyiasatan, pendakwaan atau prosiding berhubung dengan mana-mana aktiviti haram atau kesalahan di bawah
Akta ini.
(2)
Pihak berkuasa pelesenan bagi sesuatu institusi pelapor boleh, atas syor pihak berkuasa berwibawa, membatalkan atau menggantung lesen institusi pelapor itu jika institusi pelapor itu telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini.
(3)
Pihak berkuasa pengawasan yang berkaitan hendaklah melaporkan dengan segera kepada pihak berkuasa berwibawa apa-apa maklumat yang diterima daripada mana-mana institusi pelapor berhubung dengan transaksi atau aktiviti yang mungkin ada hubungan dengan mana-mana aktiviti haram atau kesalahan di bawah Akta ini.
Kuasa untuk menguatkuasakan pematuhan