Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
(Dipotong oleh Akta A1467).
Perlindungan bagi orang yang membuat laporan
*24. (1) Tiada prosiding sivil, jenayah atau tatatertib boleh dibawa terhadap seseorang yang—
(a)
menzahirkan atau membekalkan apa-apa maklumat dalam apa-apa laporan yang dibuat di bawah Bahagian ini; atau
*CATATAN—Digunakan menurut seksyen 8 Akta ini bagi institusi yang menjalankan perniagaan perbankan, perniagaan syarikat kewangan, perniagaan perdagangan perbankan dan perniagaan perbankan
Islam yang berkuat kuasa pada 15 Januari 2002–lihat P.U. (A) 20/2002.
Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
47
Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram
(b)
membekalkan apa-apa maklumat berkaitan dengan laporan sedemikian, sama ada pada masa laporan itu dibuat atau selepasnya;
berkenaan dengan—
(aa) penzahiran atau pembekalan, atau cara penzahiran atau pembekalan, oleh orang itu, maklumat yang disebut dalam perenggan (a) atau (b); atau
(bb) apa-apa akibat berikutan daripada penzahiran atau pembekalan maklumat itu, melainkan jika maklumat itu telah dizahirkan atau dibekalkan dengan niat jahat.
(2)
Dalam prosiding terhadap mana-mana orang bagi suatu kesalahan di bawah Bahagian ini, menjadi suatu pembelaan bagi orang itu jika dia menunjukkan bahawa dia telah mengambil segala langkah munasabah dan menjalankan segala usaha yang wajar bagi mengelakkan pelakuan kesalahan itu.
Pemeriksaan ke atas institusi pelapor