Malaysia legislation

Section 50

of *AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN AKTIVITI TERHAD DAN HASIL DARIPADA AKTIVTI HARAM 2001

Seksyen 50

(a)

hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau suatu kesalahan membiayai keganasan;

(b)

harta pengganas;

Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

89

Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram

(c)

hasil daripada aktiviti haram; atau

(d)

peralatan kesalahan, ada dalam milikan, jagaan atau kawalan sesuatu institusi kewangan, dia boleh, walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dengan perintah mengarahkan supaya harta alih itu atau apa-apa pertambahan kepadanya di institusi kewangan itu disita oleh pegawai penyiasat itu atau dengan perintah mengarahkan institusi kewangan itu supaya tidak melepaskan, berurusan tentang atau selainnya melupuskan harta alih itu atau apa-apa pertambahan kepadanya, keseluruhannya atau sebahagiannya, sehingga perintah itu diubah atau dibatalkan.

(1A)

Pegawai penyiasat yang melaksanakan sesuatu penyitaan di bawah seksyen ini hendaklah dengan segera memberitahu Bank

Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti atau Lembaga Perkhidmatan

Kewangan Labuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai mana-mana perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1).

(2)

Sesuatu institusi kewangan atau mana-mana ejen atau pekerja sesuatu institusi kewangan tidak boleh, oleh sebab mematuhi perintah

Pendakwa Raya di bawah subseksyen (1), didakwa di bawah mana-mana undang-undang atau apa-apa prosiding atau tuntutan oleh mana-mana orang di bawah mana-mana undang-undang atau di bawah apa-apa kontrak, perjanjian, atau perkiraan, atau selainnya.

(3)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi sesuatu perintah

Pendakwa Raya di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima kali ganda amaun yang dilepaskan, diuruskan, atau selainnya dilupuskan dengan melanggar perintah Pendakwa Raya itu atau lima juta ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya, dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, hendaklah sebagai tambahan didenda tidak melebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya yang kesalahan itu terus dilakukan.

90 Undang-Undang Malaysia AKTA 613

(4)

(Dipotong oleh Akta A1467).

Penyitaan harta tak alih

Section 50 — ANTI-MONEY LAUNDERING, ANTI-TERRORISM FINANCING, ANTI-RESTRICTED ACTIVITY FINANCING AND PROCEEEDS OF UNLAWFUL ACTIVITIES ACT 2001