Malaysia legislation

Section 51

of *AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN AKTIVITI TERHAD DAN HASIL DARIPADA AKTIVTI HARAM 2001

Seksyen 51

(a)

hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) atau suatu kesalahan membiayai keganasan;

(b)

harta pengganas;

(c)

hasil daripada aktiviti haram; atau

(d)

peralatan kesalahan,

Pendakwa Raya boleh dengan perintah mengarahkan supaya harta tak alih itu disita oleh pegawai penyiasat.

(1A)

Jika apa-apa harta tak alih disita di bawah Akta ini, penyitaan itu hendaklah dilaksanakan—

(a)

dengan pengeluaran suatu Notis Penyitaan oleh Pendakwa

Raya yang menyatakan di dalamnya butir-butir harta tak alih yang disita itu setakat yang butir-butir itu diketahuinya, dan melarang segala urusan tentang harta tak alih itu;

(b)

dengan menyampaikan suatu salinan Notis itu kepada pemunya atau orang yang mempunyai milikan, jagaan atau kawalan harta tak alih itu, jika diketahui;

(c)

dengan memaparkan, jika praktik, suatu salinan Notis itu pada suatu tempat yang mudah dilihat di harta tak alih itu; dan

Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

91

Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram

(d)

dengan menyampaikan suatu salinan Notis itu kepada

Pentadbir Tanah atau Pendaftar Hakmilik, mengikut mana-mana yang berkenaan, di Semenanjung Malaysia, atau kepada Pendaftar Hakmilik atau Pemungut Hasil

Tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, di Sabah, atau kepada Pengarah Tanah dan Ukur atau Pendaftar yang bertanggungjawab bagi hakmilik tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, di Sarawak, bagi kawasan tempat terletaknya harta tak alih itu.

(2)

Pentadbir Tanah, Pemungut Hasil Tanah, Pengarah Tanah dan

Ukur, Pendaftar Hakmilik atau Pendaftar yang bertanggungjawab bagi hakmilik tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang disebut dalam subseksyen (1A) hendaklah dengan serta-merta apabila disampaikan kepadanya Notis Penyitaan di bawah subseksyen itu mencatatkan terma Notis Penyitaan itu pada dokumen hak milik yang berkenaan dengan harta tak alih itu dalam Daftar di pejabatnya.

(3)

Jika suatu catatan tentang sesuatu Notis Penyitaan telah dibuat di bawah subseksyen (2), Notis itu hendaklah mempunyai kuat kuasa melarang segala urusan berkenaan dengan harta tak alih itu, dan selepas catatan itu telah dibuat tiada urusan berkenaan dengan harta tak alih itu boleh didaftarkan, tidak kira sama ada urusan itu dilaksanakan sebelum atau selepas pengeluaran Notis itu atau pembuatan catatan itu.

(4)

Subseksyen (3) tidak terpakai bagi sesuatu urusan yang dilaksanakan oleh seseorang pegawai badan awam atas sifatnya sebagai pegawai sedemikian, atau selainnya oleh atau bagi pihak

Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan sesuatu Negeri, atau suatu pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun lain.

(5)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) atau (3) atau melakukan apa-apa perbuatan yang menghasilkan, atau menyebabkan, pelanggaran subseksyen (2) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima kali ganda nilai harta yang berkenaan dengannya perintah Pendakwa Raya telah

92 Undang-Undang Malaysia AKTA 613

dilanggar, atau lima juta ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya, dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, hendaklah sebagai tambahan didenda tidak melebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya yang kesalahan itu terus dilakukan.

(6)

Jika suatu Notis Penyitaan telah dikeluarkan di bawah subseksyen (1A), seseorang tuan punya berdaftar harta tak alih yang disita di bawah Notis itu, atau mana-mana orang lain yang mempunyai apa-apa kepentingan mengenai harta tak alih itu, yang tahu tentang

Notis itu, dan yang dengan disedarinya membuat apa-apa perjanjian dengan mana-mana orang untuk menjual, memindahkan hakmilik, atau selainnya melupuskan atau membuat urusan tentang, keseluruhan atau sebahagian harta tak alih itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima kali ganda nilai harta itu atau lima juta juta ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya, dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, hendaklah sebagai tambahan didenda tidak melebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya yang kesalahan itu terus dilakukan.

Peruntukan khas berhubung dengan penyitaan perniagaan

Section 51 — ANTI-MONEY LAUNDERING, ANTI-TERRORISM FINANCING, ANTI-RESTRICTED ACTIVITY FINANCING AND PROCEEEDS OF UNLAWFUL ACTIVITIES ACT 2001