Malaysia legislation
Section 66C
Seksyen 66C
(2)
Jika sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) membuat peruntukan yang bermaksud bahawa terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa sesuatu entiti yang ditetapkan oleh Majlis
Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terlibat dalam perbuatan keganasan, perintah di bawah subseksyen (1) itu hendaklah disifatkan, mulai dari tarikh perintah itu, sebagai suatu perintah yang mengisytiharkan entiti itu sebagai suatu entiti ditentukan di bawah subseksyen 66B(1).
(3)
Sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) tidak terpakai bagi dana dan aset kewangan atau sumber ekonomi lain atau mana-mana bahagian daripada dana, aset atau sumber itu yang telah ditentukan oleh Menteri Dalam Negeri sebagai—
(a)
perlu bagi perbelanjaan asas, termasuk pembayaran bagi bahan makanan, sewa atau gadai janji, ubat dan rawatan perubatan, cukai, premium insurans, dan caj kemudahan awam, atau secara eksklusif bagi pembayaran fi profesional yang munasabah dan pembayaran balik perbelanjaan yang dilakukan berkaitan dengan pemberian perkhidmatan undang-undang, atau fi atau caj perkhidmatan bagi pemegangan atau penyenggaraan biasa dana atau aset kewangan atau sumber ekonomi lain yang dibekukan itu; atau 116 Undang-Undang Malaysia AKTA 613
(b)
perlu bagi perbelanjaan luar biasa yang diluluskan oleh
Menteri Dalam Negeri, dan jika perintah sedemikian telah dibuat berhubung dengan dana, aset kewangan atau sumber ekonomi sedemikian atau mana-mana bahagian daripada dana, aset atau sumber itu, Menteri Dalam Negeri boleh, tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang didapati patut, mengubah perintah itu dan membenarkan akses kepada dana, aset atau sumber itu.
Kuasa Menteri untuk mendapatkan maklumat