Peguam Negara telah mengesyorkan bahawa bantuan bersama diberikan kepada Negara Denmark berhubung dengan perkara jenayah itu di bawah
Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002:
MAKA OLEH YANG DEMIKIAN, pada menjalankan kuasa yang diberikan kepada saya oleh seksyen 18 Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002, saya,
Dato’ Sri Azalina binti Dato’ Othman Said, Menteri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal undang-undang di Malaysia, dengan ini mengarahkan supaya peruntukan
Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002 terpakai berhubung dengan permintaan bagi bantuan bersama berhubung dengan perkara jenayah itu seolah-olah suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen 17 Akta Bantuan Bersama dalam
Perkara Jenayah 2002 berkuat kuasa berkenaan dengan Negara Denmark tanpa apa-apa sekatan, had, kecualian, ubah suaian, penyesuaian, syarat atau batasan.
P.U. (B) 235 3
Bertarikh 19 April 2017
[PN(R)152/185/29/34-7; PN(PU2)628/X]
DATO’ SRI AZALINA BINTI DATO’ OTHMAN SAID
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
P.U. (B) 235 4
MUTUAL ASSISTANCE IN CRIMINAL MATTERS ACT 2002
SPECIAL DIRECTION OF THE MINISTER