Jadual
JADUAL
1.
Nama-nama yang membayangkan apa-apa kaitan dengan ahli keluarga diraja atau naungan diraja termasuk nama-nama yang mengandungi perkataan-perkataan seperti “Diraja”, “Raja”, “Permaisuri”, “Putera”, “Puteri”, “Mahkota”, “Raja Muda”,
“Yang Mulia” atau “Yang Maha Mulia”
2.
Nama-nama yang membayangkan apa-apa kaitan dengan sesuatu jabatan Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, badan berkanun, pihak berkuasa atau agensi kerajaan atau pihak berkuasa tempatan termasuklah nama-nama yang mengandungi perkataan-perkataan seperti “Persekutuan”,
“Negeri” atau “Nasional”
3.
Nama-nama yang membayangkan apa-apa kaitan dengan mana-mana kerajaan negara ASEAN, Komanwel atau kerajaan asing, Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu atau mana-mana pertubuhan antarabangsa yang lain termasuklah nama-nama yang mengandungi perkataan-perkataan seperti “ASEAN”, “UNESCO”,
“NATO”, “EEC” atau “OPEC”
4.
Nama-nama yang membayangkan apa-apa kaitan dengan mana-mana parti politik, pertubuhan, kesatuan sekerja, koperasi atau persatuan pembinaan
5.
Nama-nama yang termasuk perkataan-perkataan yang berikut atau apa-apa perkataan yang mempunyai maksud yang sama atau seumpamanya:
P.U. (B) 490 3
“Amanah”, “Amanah Saham”, “Bank”, “Bursa”, “Bumiputera”, “Biro”,
“Buatan Malaysia”, “Dewan Pengeluaran”, “Dewan Perniagaan dan
Perindustrian”, “Eksekutor”, “Harga Patut”, “Institut”, “Insurans”,
“Jaminan”, “Jurubank”, “Kewangan”, “Khazanah”, “Kredit”, “Kolej”, “Majlis”,
“Pajakan”, “Pejabat Pendaftaran”, “Pelaburan”, “Pengguna”, “Perdana”,
“Tauliah”, “Tabung”, “Universiti”, “Urusan Bank”, “Yayasan”
6.
Nama-nama yang mengelirukan dari segi identiti, jenis, objek atau tujuan sesuatu perkongsian liabilliti terhad atau yang mengelirukan dengan apa jua cara lain
7.
Nama-nama yang mencerca atau yang mungkin dianggap menghina oleh orang awam
Bertarikh 14 Oktober 2022
[KPDNKK.600-1/2/53; PN(PU2)713]
DATUK NOR AZIMAH ABDUL AZIZ
Pendaftar Perkongsian Liabiliti Terhad
P.U. (B) 490 4
LIMITED LIABILITY PARTNERSHIPS ACT 2012
DIRECTIONS OF THE MINISTER UNDER PARAGRAPH 13(2)(d)
PURSUANT to subsection 13(3) of the Limited Liability Partnerships Act 2012
[Act 743], the Registrar publishes in the Schedule the list of names that the Minister has directed the Registrar not to accept for registration under paragraph 13(2)(d) of the Act.