Malaysia legislation

Section 18

of *AKTA RUMAH PERJUDIAN TERBUKA 1953

Seksyen 18

Kemasukan dan pemeriksaan oleh Majistret atau pegawai kanan polis

(1)

Seseorang Majistret atau Jaksa Pendamai atau pegawai kanan polis boleh sendirinya melakukan apa yang dia boleh di bawah seksyen 16 dan 17 memberi kuasa seseorang pegawai polis untuk melakukan apabila Majistret atau Jaksa Pendamai atau pegawai kanan polis itu kompeten untuk mengeluarkan waran di bawah seksyen itu masing-masingnya dan juga dalam mana-mana hal yang berikut, iaitu–

(a)

jika mana-mana orang telah dalam masa enam bulan yang terdahulu disabitkan kerana menyelenggarakan atau menggunakan tempat yang dicadangkan untuk dimasuki itu sebagai rumah perjudian terbuka; atau

(b)

jika tempat yang dicadangkan untuk dimasuki itu diduduki oleh sesuatu kelab atau pertubuhan dan dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa perjudian lazimnya dijalankan di situ; atau

(c)

jika dia mempunyai pengetahuan sendiri akan fakta dan hal keadaan yang memuaskan hatinya bahawa terdapat alasan yang mencukupi bagi penggeledahan atau pemeriksaan di bawah seksyen itu masing-masingnya; atau

(d)

jika dia menerima maklumat yang dikehendaki itu secara lisan dan sama ada atas sumpah ataupun tidak atas sumpah dalam hal keadaan yang, pada pendapatnya, tujuan penggeledahan atau pemeriksaan itu akan gagal melalui kelengahan yang perlu bagi menurunkan maklumat itu secara bertulis:

Rumah Perjudian Terbuka 25

Dengan syarat bahawa dalam hal yang terakhir ini nama dan alamat orang yang memberi maklumat itu diketahui atau ditentukan oleh Majistret atau Jaksa Pendamai atau Pegawai

Kanan Polis itu sebelum dia bertindak atas maklumat itu.

Maklumat palsu

(2)

Sesiapa jua yang dalam memberi maklumat lisan itu membuat sesuatu pernyataan yang dia mengetahui atau mempercayai adalah palsu atau tidak mempercayai adalah benar melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi dua belas bulan.

Anggapan terhadap rumah dan penghuni