Malaysia legislation
Section 54
Seksyen 54
Kuasa untuk mengumpukkan perbelanjaan
Jika dalam mana-mana premis yang keseluruhan atau mana-mana bahagiannya telah disewakan sebagai kilang, apa-apa perubahan struktur atau perubahan lain dikehendaki untuk mematuhi
Akta ini atau untuk menepati apa-apa standard atau kehendak yang dikenakan oleh atau di bawah Akta ini, dan pemunya atau penghuni, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengatakan bahawa keseluruhan atau sebahagian daripada perbelanjaan perubahan patut ditanggung oleh penghuni atau pemunya, pemunya atau penghuni itu boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi supaya perbelanjaan perubahan itu diumpukkan antara mereka; dan Mahkamah, selepas mendengar pihak-pihak dan mana-mana saksi yang hendak panggil oleh mereka, boleh membuat suatu perintah mengenai pengumpukan perbelanjaan itu sebagaimana yang dianggap oleh Mahkamah adil dan saksama dalam hal keadaan kes itu, perhatian hendaklah diberi kepada terma mana-mana kontrak antara pihak, atau sebagai
64 Undang-Undang Malaysia AKTA 139
alternatif, Mahkamah boleh, atas permintaan pemunya atau penghuni itu, menamatkan pajakan itu.