Malaysia legislation
Section 7B
Seksyen 7B
Memasuki premis tanpa waran geledah dan kuasa menyita
Jika seseorang Pemeriksa berpuas hati atas maklumat yang diterima bahawa dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa, oleh sebab kelengahan dalam memperoleh waran geledah, apa-apa benda, barang, buku, dokumen, loji, bahan, pemasangan atau sebahagian daripadanya dalam sebuah kilang atau
Kilang dan Jentera 23
premis yang telah digunakan untuk melakukan atau bertujuan untuk digunakan bagi melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya berkemungkinan dipindahkan atau dimusnahkan, dia boleh memasuki kilang atau premis itu tanpa waran dan menyita atau mengelak benda, barang, buku, dokumen, loji, bahan, pemasangan itu atau sebahagian daripadanya yang dijumpai di dalamnya.