Malaysia legislation
Section 7C
Seksyen 7C
Penyampaian senarai barang yang disita
Pemeriksa yang menyita apa-apa benda, barang, buku, dokumen, loji, bahan, pemasangan atau sebahagian daripadanya di bawah seksyen 7A atau 7B hendaklah menyediakan suatu senarai barang yang disita dan dengan serta-merta, menghantar sesalinan senarai yang ditandatangani olehnya kepada penghuni, atau ejen atau pengkhidmat penghuni itu yang berada dalam premis itu, dan jika premis itu tidak berpenghuni atau jika penghuni itu, atau ejen atau pengkhidmat penghuni itu tidak hadir Pemeriksa itu hendaklah, pada bila-bila masa mungkin, menampalkan suatu senarai barang yang disita pada premis itu dan membuat suatu laporan polis selepas itu.