Malaysia legislation
Section 7D
Seksyen 7D
Pelantikan, kuasa dan kewajipan orang berlesen
(2)
Menteri boleh, membuat perintah bagi maksud subseksyen (1)
dan khususnya tetapi tanpa menjejaskan keluasan makna sebelum ini, perintah itu boleh—
(a)
menetapkan kelayakan dan standard kekompetenan orang yang akan diambil kerja oleh orang berlesen;
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 139
(b)
menetapkan kuasa orang yang diambil kerja oleh orang berlesen untuk menjalankan fungsi orang berlesen;
(c)
menetapkan rekod yang perlu disimpan oleh orang berlesen;
(d)
menetapkan penyata yang perlu dikemukakan oleh orang berlesen kepada Ketua Pemeriksa pada lat-lat tempoh tertentu;
(e)
mengawal selia pemeriksaan oleh Ketua Pemeriksa terhadap premis orang berlesen dan rekod yang disimpan di situ;
(f)
menetapkan standard pemeriksaan untuk dipatuhi oleh orang berlesen; dan
(g)
menetapkan fungsi atau kewajipan yang perlu dijalankan oleh orang berlesen.
(3)
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, memberi kuasa kepada orang berlesen untuk menuntut, menetapkan, mengutip dan menyimpan caj, fi dan levi yang berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh orang berlesen itu.
(4)
Suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (3)
hendaklah menyatakan—
(a)
jenis perkhidmatan berkenaan dengan caj, fi, atau levi yang boleh dituntut, dikutip dan disimpan; dan
(b)
tempoh pemberian kuasa untuk menuntut, mengutip dan menyimpan caj, fi atau levi.
(5)
Orang berlesen yang diberi kuasa di bawah subseksyen (3)
Kilang dan Jentera 25
hendaklah—
(a)
menyenggara apa-apa akaun, buku dan rekod berkenaan dengan pembayaran dan kutipan caj, fi atau levi sebagaimana yang
Ketua
Pemeriksa boleh menghendaki;
(b)
memberikan kepada
Ketua
Pemeriksa apa-apa maklumat, penyata dan akaun berkenaan dengan pembayaran dan kutipan caj, fi atau levi sebagaimana yang Ketua Pemeriksa boleh menghendaki; dan
(c)
membenarkan Ketua Pemeriksa atau mana-mana orang lain yang telah diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua
Pemeriksa untuk mempunyai akses kepada atau meneliti atau memeriksa apa-apa dokumen, jentera atau peralatan yang disenggara atau yang digunakan bagi pembayaran atau kutipan caj, fi atau levi.
(6)
Pemberikuasaan orang berlesen di bawah subseksyen (3)
tidak boleh menyebabkan Kerajaan Persekutuan bertanggungan kepada mana-mana orang yang berkenaan dengan apa-apa kecederaan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh kegagalan orang berlesen itu untuk menjalankan obligasinya di bawah Akta ini berkenaan dengan caj, fi atau levi yang dituntut, dikutip dan disimpan.
(7)
Jika orang berlesen melanggar mana-mana syarat lesen itu atau mana-mana peruntukan apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen ini atau apa-apa peruntukan subseksyen (5) yang dia dikehendaki untuk mematuhinya dia melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(8)
Walau apa pun lesen seseorang di bawah seksyen ini, Menteri boleh memberikan arahan kepada
Ketua
Pemeriksa untuk
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 139
menjalankan mana-mana fungsi yang di bawah terma lesen itu yang sepatutnya dijalankan oleh orang berkenaan.
Pembatalan lesen