Malaysia legislation
Section 7E
Seksyen 7E
(2)
Jika sehingga tempoh masa yang ditetapkan dalam notis itu tamat orang berlesen itu telah gagal untuk mematuhi notis itu, Ketua
Pemeriksa hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Menteri berkenaan dengan kegagalan itu.
(3)
Jika, selepas mempertimbangkan laporan daripada Ketua
Pemeriksa, Menteri berpuas hati bahawa pelanggaran itu serius dari segi sifat atau kesannya atau boleh menjejaskan keselamatan dan kesihatan pekerja atau orang awam dan bahawa orang berlesen itu telah gagal atau enggan untuk mengambil atau tidak mengambil segala langkah yang ditetapkan dalam notis itu bagi maksud untuk memastikan pematuhan syarat yang orang berlesen itu telah melanggar, Menteri boleh memberi orang berlesen itu suatu notis yang menyatakan bahawa dia bercadang untuk membatalkan lesen yang telah diberikan kepada orang itu dan notis itu juga hendaklah menyatakan—
(a)
pelanggaran yang dikatakan terhadap orang berlesen itu dan tindakan atau peninggalan yang menjadikan pelanggaran itu; dan
(b)
tempoh (yang hendaklah tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh notis itu) yang dalamnya orang berlesen itu boleh membuat representasi berhubung dengan pembatalan itu.
Kilang dan Jentera 27
(4)
Selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam notis itu dan selepas mempertimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh orang berlesen, Menteri boleh memutuskan sama ada untuk meneruskan dengan cadangan pembatalan itu atau tidak mengambil tindakan selanjutnya.
(5)
Notis hendaklah diberikan kepada orang berlesen oleh
Menteri memaklumkan orang berlesen itu akan keputusan apabila
Menteri memutuskan untuk membatalkan lesen atau tidak mengambil tindakan selanjutnya, dan keputusan itu hendaklah berkuat kuasa pada tarikh notis itu dihantar kepada orang berlesen itu.
(6)
Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah muktamad.
(7)
Walau apa pun pembatalan lesen itu, kesahan apa-apa perakuan kelayakan yang dikeluarkan oleh orang berlesen hendaklah terus sah sehingga tamat tempoh lesen itu dan orang berlesen itu hendaklah terus mengambil alih apa-apa obligasi, kewajipan dan tanggungjawab yang dikenakan oleh atau berkaitan dengan pengeluaran perakuan kelayakan itu.
Pemberian lesen baru apabila pembatalan