/akn/my/act/pub/2015/409

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Open source PDF
Type
P.U. (B)
Status
In force
Enacted
2015
Sections
18

Quick answer

About this p.u. (b)

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 is Malaysia P.U. (B), cited as P.U. (B) 409 2015, currently marked in force and first recorded in 2015.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. MENURUT subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Mufti, setelah berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 37(5) Akta, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual. ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993 FATWA UNDER SECTION 34

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. PURSUANT to subsection 34(1) of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 [Act 505], the Mufti, after having discussed with the Islamic Legal Consultative Committee pursuant to subsection 37(5) of the Act, makes the fatwa as set out in the Schedule. JADUAL/SCHEDULE FATWA BERKENAAN DENGAN PENGGUNAAN KALIMAH SUCI ISLAM Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali Ke-90 yang bersidang pada 25 Mac 2015 telah membincangkan perkara berkenaan dengan Penggunaan Kalimah Suci Islam. Alhamdulillah, fatwanya adalah seperti yang berikut:

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

Bagi memelihara akidah umat Islam, kalimah suci Islam adalah khusus bagi agama Islam dan orang Islam sahaja. Oleh itu, kalimah suci Islam tidak boleh disalahgunakan atau disamakan dengan perkataan yang digunakan dalam agama bukan

Islam. Orang Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam perkara ini.

Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan mana-mana kalimah suci Islam

P.U. (B) 409 3

semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan kemudaratan yang besar kepada agama Islam dan orang Islam.

Seksyen 2

Open as pageSuggest a correction

Kalimah suci Islam termasuklah seperti yang berikut:

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

Oleh itu, mana-mana orang adalah dilarang daripada menyalahgunakan atau menghina atau bersubahat dalam menyalahgunakan atau menghina mana-mana kalimah suci Islam yang dinyatakan dalam perenggan 2.

P.U. (B) 409 4

FATWA BERKENAAN DENGAN HUKUM PENGGANTUNGAN, PENJUALAN,

PENGEDARAN, PENYIMPANAN, PENERBITAN DAN PENCETAKAN AYAT AL-QURAN,

KITAB SUCI AL-QURAN DAN KALIMAH SUCI ISLAM DALAM BENTUK KALIGRAFI ISLAM

ATAU PADA BARANGAN

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan

Kali Ke-90 yang bersidang pada 25 Mac 2015 telah membincangkan perkara berkenaan dengan Hukum Penggantungan, Penjualan, Pengedaran, Penyimpanan, Penerbitan dan

Pencetakan Ayat Al-Quran, Kitab Suci Al-Quran dan Kalimah Suci Islam dalam

Bentuk Kaligrafi Islam atau pada Barangan. Alhamdulillah, fatwanya adalah seperti yang berikut:

Seksyen 1

Suggest a correction

Mana-mana orang hendaklah sentiasa menjaga kesucian al-Quran dan kalimah suci Islam yang ditulis dalam bentuk kaligrafi Islam atau pada apa-apa jua barangan.

Seksyen 2

Suggest a correction

Apa-apa penggantungan, penjualan, pengedaran, penyimpanan, penerbitan dan pencetakan ayat al-Quran, kitab suci al-Quran atau kalimah suci Islam, yang ditulis dalam bentuk kaligrafi Islam, atau pada apa-apa jua barangan, oleh mana-mana orang di mana-mana tempat yang boleh membawa kepada penipuan, pemerdayaan atau penghinaan kepada Islam atau bertentangan dengan hukum Syarak adalah haram.

Seksyen 3

Suggest a correction

Bagi maksud Fatwa ini, “kalimah suci Islam” merujuk kepada kalimah suci Islam seperti yang dinyatakan dalam Fatwa berkenaan dengan Penggunaan Kalimah Suci

Islam.

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang adalah dilarang daripada melakukan atau bersubahat dalam melakukan perkara yang dinyatakan dalam perenggan 2.

P.U. (B) 409 5

FATWA BERKENAAN DENGAN HUKUM MENGGUNAKAN ATAU MEMAKAI BARANGAN

ATAU LOGO YANG MEMPUNYAI LAMBANG KEPERCAYAAN AGAMA LAIN

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan

Kali Ke-90 yang bersidang pada 25 Mac 2015 telah membincangkan perkara berkenaan dengan

Hukum

Menggunakan atau

Memakai

Barangan atau

Logo yang

Mempunyai Lambang Agama Lain. Alhamdulillah, fatwanya adalah seperti yang berikut:

Seksyen 1

Suggest a correction

Hukum menggunakan atau memakai barangan atau logo yang mempunyai lambang kepercayaan agama lain seperti agama Kristian, Buddha, Hindu, Sikh dan sebagainya adalah haram dan boleh menjejaskan akidah umat Islam, iaitu seperti salib, gereja dan sebagainya.

Seksyen 2

Suggest a correction

Mana-mana orang adalah dilarang daripada menjual, menggunakan, memakai, mengedarkan, menggantungkan, menjadikan perhiasan atau cenderahati, apa-apa barangan atau logo yang mempunyai lambang kepercayaan agama lain.

Seksyen 3

Suggest a correction

Mana-mana orang adalah dilarang daripada bersubahat dalam melakukan perkara yang dilarang dalam perenggan 2.

P.U. (B) 409 6

FATWA BERKENAAN DENGAN LARANGAN MENGAMALKAN AJARAN YANG

MENYALAHI PEGANGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan

Kali Ke-90 yang bersidang pada 25 Mac 2015 telah membincangkan perkara berkenaan dengan Larangan Mengamalkan Ajaran yang Menyalahi Pegangan Ahli Sunnah

Wal Jamaah. Alhamdulillah, fatwanya adalah seperti yang berikut:

Seksyen 1

Suggest a correction

Ciri-ciri ajaran yang menyalahi pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah seperti yang berikut:

(i)

mendakwa diri atau orang lain sebagai tuhan;

(ii)

mendakwa bahawa Allah SWT bersifat selain apa-apa sifat yang selayaknya bagi Allah SWT sebagaimana yang terdapat dalam al-Quran dan hadis;

Suggest a correction

(iii)

mendakwa bahawa mana-mana makhluk berkuasa memberi kemudaratan dan manfaat tanpa kuasa Allah SWT;

Suggest a correction

(iv)

berpegang kepada konsep manusia bersatu dengan Allah SWT;

Suggest a correction
Suggest a correction

(v)

mendakwa diri atau orang lain menerima wahyu;

(vi)

mendakwa orang lain tidak mati (ghaib) dan akan muncul semula;

Suggest a correction

(vii)

mendakwa diri atau orang lain mengetahui perkara ghaib;

Suggest a correction

(viii)

mendakwa diri atau orang lain mengetahui bila kemunculan

Imam Mahdi dan hari kiamat;

P.U. (B) 409 7

Suggest a correction

(ix)

mendakwa diri atau orang lain mengetahui nasib seseorang;

Suggest a correction
Suggest a correction

(x)

mendakwa diri atau orang lain mengetahui bahawa huruf pada kalimah tertentu dalam al-Quran mempunyai maksud tertentu;

(xi)

mendakwa diri atau orang lain mampu berinteraksi dengan orang mati, jin, syaitan atau malaikat secara langsung;

Suggest a correction

(xii)

mendakwa diri atau orang lain mampu memindahkan atau menangguhkan bala atau ajal;

Suggest a correction

(xiii)

mendakwa diri atau orang lain mampu berkomunikasi dengan

Allah SWT;

Suggest a correction

(xiv)

mendakwa diri atau orang lain mampu menangguhkan hari kiamat;

Suggest a correction

(xv)

mendakwa diri atau orang lain mampu melihat Allah SWT dalam keadaan sedar (yaqazah) di dunia;

Suggest a correction

(xvi)

mendakwa diri atau orang lain mampu melihat Rasulullah SAW dalam keadaan sedar (yaqazah);

Suggest a correction

(xvii)

mendakwa diri atau orang lain mampu memindahkan kekuatan luar biasa kepada seseorang;

Suggest a correction

(xviii)

mendakwa diri atau orang lain layak mengesahkan keislaman, menentukan jaminan keampunan Allah SWT dan kesudahan neraka atau syurga bagi seseorang;

Suggest a correction

(xix)

mendakwa diri atau orang lain akan ditimpa bala sekiranya mendedahkan isi ajaran kepada umum;

P.U. (B) 409 8

Suggest a correction

(xx)

mendakwa bahawa roh orang mati mampu menjelma ke dalam jasad orang hidup;

Suggest a correction

(xxi)

mendakwa bahawa roh orang mati mampu memberikan pertolongan apabila diseru (kebiasaannya berlaku di tanah perkuburan yang dipercayai mempunyai keramat);

Suggest a correction

(xxii)

mendakwa bahawa wujudnya nabi atau wahyu selepas

Rasulullah SAW;

Suggest a correction

(xxiii)

mendakwa diri atau orang lain memikul tugas nabi atau rasul;

Suggest a correction

(xxiv)

mendakwa diri atau orang lain sebagai nabi atau rasul;

Suggest a correction

(xxv)

mendakwa diri atau orang lain sebagai wakil nabi atau rasul untuk memberikan syafaat;

Suggest a correction

(xxvi)

mendakwa diri atau orang lain sebagai Imam Mahdi;

Suggest a correction

(xxvii)

mendakwa diri atau orang lain sebagai jelmaan sahabat

Rasulullah SAW atau syeikh tertentu;

Suggest a correction

(xxviii)

mendakwa diri atau orang lain sebagai insan maksum;

Suggest a correction

(xxix)

mendakwa diri atau orang lain mendapat nur secara khusus dan langsung daripada Allah SWT atau rasul;

Suggest a correction

(xxx)

mendakwa diri atau orang lain memiliki kunci syurga;

Suggest a correction

(xxxi)

mendakwa diri atau orang lain memiliki mukjizat;

Suggest a correction

(xxxii)

mendakwa diri atau orang lain berupaya memberikan pertolongan secara ghaib (ma`unah);

Suggest a correction

(xxxiii)

mendakwa bahawa dosa dapat ditebus dengan wang;

P.U. (B) 409 9

Suggest a correction

(xxxiv)

mendakwa bahawa nikmat kubur atau azab kubur dan peristiwa selepas mati tidak wujud;

Suggest a correction

(xxxv)

mendakwa diri atau orang lain tidak perlu melaksanakan sebarang amal kebaikan kerana dosa dan pahala, dan kesudahan neraka dan syurga telah ditentukan oleh Allah SWT sejak azali;

Suggest a correction

(xxxvi)

mendakwa bahawa semua yang lahir daripada diri adalah benar datang daripada Allah SWT, tidak perlu dipersoalkan dan wajib dituruti;

Suggest a correction

(xxxvii)

mendakwa bahawa semua manusia di dunia ini mukmin

(dengan hujah, naluri asal manusia mengakui wujudnya tuhan)

dan kesudahan syurga bagi setiap manusia;

Suggest a correction

(xxxviii)

xxxviii

mendakwa bahawa semua agama adalah sama

(pluralisme agama);

Suggest a correction

(xxxix)

mendakwa bahawa Ahlul Bait atau sahabat Rasulullah SAW yang tertentu sebagai kafir dan wajib dimusuhi;

Suggest a correction

(xl)

menghina apa-apa ajaran yang bertepatan dengan al-Quran, as-Sunnah dan ijmak ulama; atau

Suggest a correction

(xli)

menghina al-Quran dan as-Sunnah melalui perkataan atau perbuatan atau apa-apa cara yang boleh membawa penghinaan kepada al-Quran dan as-Sunnah.

Suggest a correction
Suggest a correction

(i)

menghalalkan sesuatu yang diharamkan dalam syariat Islam;

(ii)

mendakwa bahawa adalah harus melakukan perkara haram, asalkan bertujuan mulia;

P.U. (B) 409 10

Suggest a correction

(iii)

mendakwa bahawa solat atau apa-apa amalan yang disyariatkan memadai dilakukan dengan niat;

Suggest a correction

(iv)

mendakwa bahawa solat fardu secara berjemaah bukan sebahagian daripada syariat Islam;

Suggest a correction
Suggest a correction

(v)

mendakwa bahawa arah kiblat solat boleh juga dihadapkan ke arah selain Kaabah;

(vi)

mendakwa bahawa fardu haji boleh juga ditunaikan di tempat selain Mekah;

Suggest a correction

(vii)

mendakwa diri atau orang lain telah mencapai hakikat

(kesempurnaan insan) dan tidak memerlukan sebarang syariat;

Suggest a correction

(viii)

mendakwa bahawa tarekat yang diamalkan sebagai jaminan kepada keredaan Allah SWT, padahal terdapat unsur yang meragukan atau jelas menyalahi syariat;

Suggest a correction

(ix)

mendakwa bahawa as-Sunnah bukan sebahagian daripada sumber syariat Islam;

Suggest a correction
Suggest a correction

(x)

menolak sebarang tafsiran ayat al-Quran atau teks hadis yang telah diijmak oleh para ulama muktabar;

(xi)

mendakwa bahawa bermazhab adalah bidaah dan merendah-rendahkan mana-mana orang yang beramal mengikut mazhab;

Suggest a correction

(xii)

mendakwa bahawa semua amalan yang dianggap bidaah itu amalan sesat dan pelakunya ahli neraka;

Suggest a correction

(xiv)

mengharamkan perkahwinan dengan anggota kumpulan ajaran yang lain;

P.U. (B) 409 11

Suggest a correction

(xv)

mengharamkan perkahwinan dengan bekas isteri guru kumpulan ajaran;

Suggest a correction

(xvii)

menghalalkan nikah batin atau ghaib (tanpa wali dan saksi);

Suggest a correction

(xviii)

mengharamkan perkahwinan dengan wanita yang diminati oleh guru kumpulan ajaran;

Suggest a correction

(xx)

mendakwa bahawa penyakit hanya akan sembuh dengan melakukan persetubuhan atau apa-apa perlakuan ke arah persetubuhan;

Suggest a correction

(xxi)

mendakwa bahawa guru kumpulan ajaran berhak ke atas maruah diri (kebiasaannya berlaku kepada anggota kumpulan wanita), keluarga dan harta;

Suggest a correction

(xxii)

mendakwa bahawa khalwat atau suluk sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT atau jaminan mendapatkan keredaan-Nya walaupun terpaksa mengabaikan amalan fardu

(sebagai contoh, khalwat atau suluk tanpa solat fardu dan solat Jumaat);

Suggest a correction

(xxiii)

mendakwa bahawa fardu haji hanya sah ditunaikan selepas berkhalwat atau suluk di tempat tertentu sebelum menunaikan fardu haji;

Suggest a correction

(xxiv)

mendakwa bahawa wajib berpura-pura terhadap sesama orang

Islam dengan tujuan menyembunyikan ajaran atau mazhab yang bertentangan dengan ajaran Islam;

Suggest a correction

(xxv)

mendakwa bahawa baiah terhadap pemimpin kumpulan ajaran lebih utama, walaupun terpaksa melanggar ketetapan Syarak;

P.U. (B) 409 12

Suggest a correction

(xxvi)

mendakwa bahawa Allah SWT hanya menilai kebersihan batin;

Suggest a correction

(xxvii)

mendakwa bahawa tidak perlu mengikut syariat sekiranya tasawuf telah sempurna; atau

Suggest a correction

(xxviii)

mendakwa diri atau orang lain sebagai Ahlul Bait dengan alasan supaya diri atau orang lain itu diberi penghormatan, kedudukan atau apa-apa kepentingan peribadi yang lain.

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 2

Suggest a correction

Mana-mana orang hendaklah menjauhi ajaran sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1 dan dilarang daripada berpegang pada, mempercayai dan mengamalkannya. Mana-mana orang yang berpegang pada, mempercayai atau mengamalkan ajaran sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1 hendaklah bertaubat.

Seksyen 3

Suggest a correction

Mana-mana orang adalah dilarang daripada menyebarkan, mengedarkan, menggantungkan atau menerbitkan apa-apa poster, buku, risalah, majalah atau apa-apa bahan bacaan lain sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dalam apa-apa jua bentuk keluaran atau ulangannya, termasuklah audio visual, filem, rakaman, laman sesawang atau media cetak atau elektronik yang mengandungi ciri-ciri ajaran sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1.

Seksyen 4

Suggest a correction

Mana-mana orang adalah dilarang daripada bersubahat dalam melakukan mana-mana perkara yang dilarang dalam perenggan 2 dan 3.

P.U. (B) 409 13

FATWA BERKENAAN DENGAN LARANGAN MENGAMALKAN AJARAN

DAN AMALAN FAHAMAN SYIAH

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan

Kali Ke-90 yang bersidang pada 25 Mac 2015 telah membincangkan perkara berkenaan dengan Larangan Mengamalkan Ajaran dan Amalan Fahaman Syiah. Alhamdulillah, fatwanya adalah seperti yang berikut:

Seksyen 1

Suggest a correction

Ajaran dan amalan fahaman Syiah adalah menyeleweng daripada pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah serta bertentangan dengan hukum Syarak. Ciri-ciri penyelewengan yang terdapat dalam ajaran dan amalan fahaman Syiah adalah seperti yang berikut:

(i)

mempercayai bahawa semua imam adalah maksum (terpelihara daripada dosa kecil dan besar). Imam juga tidak tersalah atau tersilap dalam segala tindak-tanduknya;

(ii)

mengkafirkan atau mempertikaikan al-’adalah (

), iaitu kejujuran mana-mana para sahabat Rasulullah SAW;

Suggest a correction

(iii)

mempercayai bahawa al-Quran yang ada pada hari ini ialah al-Quran yang sudah diselewengkan dan ditokok tambah;

Suggest a correction

(iv)

berpegang kepada al-Bada` (

(, iaitu kepercayaan bahawa ilmu Allah SWT berubah-ubah berdasarkan sesuatu peristiwa yang berlaku. Ini bermaksud Allah SWT jahil dan tidak mempunyai ilmu secara keseluruhannya;

Suggest a correction
Suggest a correction

(v)

berpegang kepada ar-raja`ah (

), iaitu kepercayaan bahawa imam akan dihidupkan semula untuk mengadili dan menghukum orang yang telah merampas hak mereka termasuklah mengadili dan menghukum

Saidina

Abu

Bakar,

Saidina

Umar,

P.U. (B) 409 14

Saidina Uthman, Saidatina Aisyah, Muawiyah dan sahabat

Rasulullah SAW yang lain;

(vi)

berpegang kepada imamah atau wilayah, iaitu kepercayaan bahawa imam dilantik oleh Allah SWT;

Suggest a correction

(vii)

berpegang kepada ghaibah, iaitu kepercayaan bahawa wujudnya imam yang lenyap dan akan kembali ke dunia untuk membawa keadilan dalam pemerintahan;

Suggest a correction

(viii)

mempercayai bahawa

Imam

Kedua

Belas

(Muhammad bin Hassan Al-Askari) telah ghaib dan akan bangkit sebagai Imam Mahdi Al-Muntazar;

Suggest a correction

(ix)

berpegang kepada al-Baraah iaitu kepercayaan untuk membebaskan diri daripada dan memutuskan hubungan kasih sayang dengan, semua khalifah sebelum Saidina Ali, iaitu

Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Uthman;

Suggest a correction
Suggest a correction

(x)

menokok tambah nama Saidina Ali dalam kalimah syahadah seperti, “Tiada tuhan melainkan Allah, Muhammad Pesuruh

Allah, Ali khalifah yang dilantik oleh Allah”;

(xi)

berpegang kepada taqiyyah, iaitu menyembunyikan fahaman sebenar dan melahirkan yang lain daripada apa yang ada dalam hati;

Suggest a correction

(xiii)

menolak hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat, termasuk isteri Rasulullah SAW meskipun hadis mutawatir kerana beranggapan bahawa para sahabat telah murtad selepas kewafatan Rasulullah SAW. Mereka yang mengamalkan ajaran

P.U. (B) 409 15

dan amalan fahaman Syiah hanya menerima hadis yang diriwayatkan daripada imam Ahlul Bait sahaja.

Suggest a correction
Suggest a correction

(i)

menolak ijmak ulama;

(iii)

menuduh Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman dan

Muawiyah sebagai empat berhala Quraisy serta pengikut masing-masing sebagai musuh Allah;

Suggest a correction

(iv)

mendakwa bahawa hanya Saidina Ali yang menghimpunkan al-Quran dengan sempurna;

Suggest a correction
Suggest a correction

(v)

mendakwa bahawa sesiapa yang menziarahi kubur

Saidina Hussain akan memperoleh ganjaran syurga;

(vi)

melakukan penyiksaan tubuh badan sehingga berdarah sempena 10 Muharram bagi mengingati dan menangisi kematian

Saidina Hussain dalam peristiwa Karbala;

Suggest a correction

(vii)

menghina atau melaknat Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan sesetengah sahabat Rasulullah SAW tertentu;

Suggest a correction

(ix)

mengharuskan sembahyang jamak tanpa sebab yang diharuskan mengikut hukum Syarak;

Suggest a correction
Suggest a correction

(x)

menetapkan prinsip khumus sebagai kadar zakat;

(xi)

tidak wajib membasuh kaki ketika berwuduk sebaliknya hanya disapu dengan tangan sahaja; atau

P.U. (B) 409 16

Suggest a correction

(xii)

sujud di atas batu yang didakwa sebagai batu Karbala ketika solat.

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 2

Suggest a correction

Mana-mana orang hendaklah menjauhi ajaran dan amalan fahaman Syiah sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1 dan dilarang daripada berpegang pada, mempercayai atau mengamalkannya. Mana-mana orang yang berpegang pada, mempercayai atau mengamalkan ajaran dan amalan fahaman Syiah sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1 hendaklah bertaubat.

Seksyen 3

Suggest a correction

Mana-mana orang adalah dilarang daripada menyebarkan, mengedarkan, menggantungkan atau menerbitkan apa-apa poster, buku, risalah, majalah atau apa-apa bahan bacaan lain sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dalam apa-apa jua bentuk keluaran atau ulangannya, termasuklah audio visual, filem, rakaman, laman sesawang atau media cetak atau elektronik yang mengandungi ciri-ciri ajaran dan amalan fahaman Syiah sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1.

Seksyen 4

Suggest a correction

Mana-mana orang adalah dilarang daripada bersubahat dalam melakukan mana-mana perkara yang dilarang dalam perenggan 2 dan 3.

Bertarikh 9 Oktober 2015

Dated 9 October 2015

[PMWP/100/20 Klt. 2; PN(PU2)530/IX]

DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI

Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/

Mufti for the Federal Territories

Common questions

What is FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34?
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 is Malaysia P.U. (B), cited as P.U. (B) 409 2015, currently marked in force and first recorded in 2015.
Is FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 still in force?
Yes — FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 is currently in force.
When did FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 take effect?
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 was first recorded in 2015.
How many sections does FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 have?
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 contains 18 sections.
Where can I read the official version of FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34?
The official text of FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 is published at lom.agc.gov.my.