Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Mana-mana orang adalah dilarang daripada memiliki, menyebarkan, mengedarkan, menggantungkan atau menerbitkan apa-apa poster, buku, majalah, risalah atau apa-apa bacaan lain sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dalam apa-apa jua bentuk keluaran atau ulangannya, termasuklah apa-apa filem, rakaman, audio visual, laman sesawang atau media cetak atau elektronik yang mengandungi ciri-ciri amalan dan ajaran sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1.