Malaysia legislation

Section 1

of FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34

Seksyen 1

Anak tidak sah taraf ialah—

(a)

anak yang dilahirkan hasil—

(i)

persetubuhan yang berlaku sebelum akad nikah sama ada akibat zina atau rogol; atau 3

(ii)

melalui cara saintifik yang bertentangan dengan hukum Syarak, dan bukan anak yang dilahirkan hasil daripada persetubuhan syubhah atau bukan anak perhambaan; atau

(b)

anak yang dilahirkan dalam tempoh kurang daripada enam bulan mengikut takwim qamariah dari tarikh akad nikah.