Malaysia legislation

Section 1

of FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34

Seksyen 1

Ajaran zikir nafas dan ilmu syahadah oleh Ismail bin Kassim daripada

Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin (PERAHMAT) adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam. Ciri-ciri penyelewengannya termasuklah—

(a)

mendakwa bahawa mana-mana orang yang tidak mempelajari ilmu syahadah yang dibawa oleh Ismail bin Kassim terbatal rukun Islamnya;

(b)

mewajibkan pengikutnya untuk mempelajari dan mengamalkan zikir nafas;

(c)

mendakwa bahawa semua makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT dapat terus hidup hanya dengan kalimah ‘hu’;

(d)

mendakwa bahawa mana-mana orang yang mengamalkan zikir nafas akan memiliki kelebihan luar biasa iaitu mendapat husnul al-khatimah;

(e)

mengamalkan kepercayaan wahdah al-wujud;

(f)

mentafsir ayat Al-Quran secara batil dengan menyalahtafsirkan petikan sebahagian daripada ayat 283 Surah al-Baqarah, iaitu “wa laa taktumusy syahadah.

Wa man yaktumhaa fa

‘innahuu

‘aathimun qalbuh”

(

َوَ ال تَكتُمُوا الشَّهادَة◊

ُوَ مَن يَكتُمها فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلبُه). Ayat ini pada asalnya merujuk larangan terhadap saksi daripada menyembunyikan maklumat berkenaan dengan hutang yang disaksikan olehnya. Walau bagaimanapun, tafsirannya telah diselewengkan dengan menyatakan bahawa mana-mana orang yang tidak mempelajari ilmu syahadah daripada Ismail bin Kassim adalah berdosa;

(g)

berpegang kepada hadis palsu, contohnya “barang siapa yang datang berjumpa dengan Aku dalam pada nama dia mengenal Aku.

Setiap kebajikan Aku beri dia sedunia bilangan makhluk yang pernah

Aku cipta dan akan Aku cipta”;

P.U. (B) 550 4

(h)

menghormati guru

(sheikh)

dengan cara yang melampau, contohnya mewajibkan pengikutnya mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum bersalaman dengan guru kerana guru dianggap sebagai Al-Quran yang hidup.

Section 1 — FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 | mylaw.my