/akn/my/act/pub/2020/626

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Open source PDF
Type
P.U. (B)
Status
In force
Enacted
2020
Sections
4

Quick answer

About this p.u. (b)

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 is Malaysia P.U. (B), cited as P.U. (B) 626 2020, currently marked in force and first recorded in 2020.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. MENURUT subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Mufti, setelah berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 37(5) Akta, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual. ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993 FATWA UNDER SECTION 34

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. PURSUANT to subsection 34(1) of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 [Act 505], the Mufti, after having discussed with the Islamic Legal Consultative Committee pursuant to subsection 37(5) of the Act, makes the fatwa as set out in the Schedule. JADUAL/SCHEDULE FATWA BERKENAAN DENGAN HUKUM DAN KAEDAH TAKSIRAN ZAKAT KE ATAS SKIM PENGELUARAN CARUMAN KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali Ke-120 yang bersidang pada 1 November 2019 telah membincangkan perkara berkenaan dengan Hukum dan Kaedah Taksiran Zakat ke atas Skim Pengeluaran Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Fatwanya adalah seperti yang berikut:

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

Pengeluaran simpanan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang telah memenuhi syarat milk al-taam dan bukan bagi tujuan perbelanjaan hajah asliyah diwajibkan zakat ke atas keseluruhan amaun caruman yang dikeluarkan pada kadar dua perpuluhan lima peratus (2.5%), tertakluk kepada nisab dan tanpa perlu menunggu haul.

P.U. (B) 626 3 2.

Simpanan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang telah memenuhi syarat milk al-taam tetapi caruman tidak dikeluarkan, keseluruhan amaun caruman yang layak dikeluarkan daripada simpanan caruman itu diwajibkan zakat pada kadar dua perpuluhan lima peratus (2.5%), tertakluk kepada nisab dan tanpa menunggu haul.

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

Simpanan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang telah memenuhi syarat milk al-taam tetapi caruman tidak dikeluarkan sehingga cukup haul dan nisab, keseluruhan amaun caruman yang layak dikeluarkan daripada simpanan caruman itu diwajibkan zakat pada kadar dua perpuluhan lima peratus (2.5%).

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

Pengeluaran simpanan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang telah memenuhi syarat milk al-taam dan bagi tujuan perbelanjaan hajah asliyah tidak diwajibkan zakat.

Seksyen 5

Bagi maksud Fatwa ini—

Open as pageSuggest a correction

(a)

“hajah asliyah” ertinya keperluan asas yang amat diperlukan oleh seseorang dalam kehidupan seperti tempat tinggal dan makanan; dan

Suggest a correction

(b)

“milk al-taam” ertinya pemilikan seseorang ke atas simpanan caruman

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang boleh dikeluarkan dan boleh digunakan secara bebas (haq tasarruf al-kamil).

Bertarikh 16 November 2020

Dated 16 November 2020

[PMWP/100/20 Klt. 5; PN(PU2)530/XIII]

DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH

Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/

Mufti for the Federal Territories

Suggest a correction

Common questions

What is FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34?
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 is Malaysia P.U. (B), cited as P.U. (B) 626 2020, currently marked in force and first recorded in 2020.
Is FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 still in force?
Yes — FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 is currently in force.
When did FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 take effect?
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 was first recorded in 2020.
How many sections does FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 have?
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 contains 4 sections.
Where can I read the official version of FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34?
The official text of FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 is published at lom.agc.gov.my.
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 (2020, No. 626) | mylaw.my