Seksyen 1
Penggunaan implan rawatan glaukoma yang dibuat daripada gelatin khinzir adalah harus dan termasuk dalam kategori darurat jika—
(a)
penggunaan implan yang dibuat daripada gelatin khinzir adalah dibuktikan lebih berkesan berbanding dengan penggunaan gelatin atau bahan alternatif lain yang dibuat daripada bahan yang suci; atau
(b)
tiada gelatin atau bahan alternatif lain yang dibuat daripada bahan yang suci boleh digunakan untuk membuat implan itu.