/akn/my/act/pub/2020/650

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Open source PDF
Type
P.U. (B)
Status
In force
Enacted
2020
Sections
4

Quick answer

About this p.u. (b)

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 is Malaysia P.U. (B), cited as P.U. (B) 650 2020, currently marked in force and first recorded in 2020.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. MENURUT subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Mufti, setelah berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 37(5) Akta, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual. ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993 FATWA UNDER SECTION 34

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. PURSUANT to subsection 34(1) of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 [Act 505], the Mufti, after having discussed with the Islamic Legal Consultative Committee pursuant to subsection 37(5) of the Act, makes the fatwa as set out in the Schedule. JADUAL/SCHEDULE FATWA BERKENAAN DENGAN AJARAN YANG DIBAWA OLEH WAN HIZAM BIN ABDULLAH SABIL Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali Ke-119 yang bersidang pada 27 Julai 2019 telah membincangkan perkara berkenaan dengan Ajaran yang dibawa oleh Wan Hizam bin Abdullah Sabil. Fatwanya adalah seperti yang berikut:

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

Ajaran yang dibawa oleh Wan Hizam bin Abdullah Sabil adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam. Ciri-ciri penyelewengannya termasuklah—

(a)

menyifatkan Allah dengan sifat kekurangan seperti menyatakan bahawa

Allah itu sunyi dan berkehendak kepada penciptaan makhluk agar Dia

P.U. (B) 650 3

dikenali, contohnya dengan mengatakan “Tuhan kata, aku ni sunyi, hang la yang menghiburkan. Aku ini dengan diri akulah, hang lah yang menjadi teman.”;

Suggest a correction

(b)

menyamakan Allah SWT dengan sifat-sifat makhluk yang berjisim seperti wajah wanita, kelembutan kulit manusia dan seumpamanya dan menggunakan analogi seperti wajah wanita dan kelembutan kulit manusia bagi menggambarkan sifat-sifat Allah SWT. Hal ini menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang awam yang mendengarnya kerana akan terbayang bahawa Allah mempunyai sifat-sifat dan berjisim sama seperti makhluk. Hal ini bertentangan dengan ajaran Islam dan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah berdasarkan firman Allah dalam ayat 11 Surah al-Syura seperti yang berikut:

ُلَيۡسَ كَمِثۡلِهِۦ شَيۡ ء ۖٞ وَ هُوَ ٱلسَّمِيع ُٱلۡبَصِ ير

Maksudnya: Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (zat-Nya, sifat-sifat-Nya, dan pentadbiran-Nya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.”;

Suggest a correction

(c)

membuat tafsiran sendiri terhadap hukum istihadah dengan mengatakan

“Suka pun kena sujud, tak suka pun kena sujud (sembahyang), kecuali perempuan yang dapat lesen besar. Haid, nifas, istihadah (dan) wiladah

(tak perlu sembahyang).”;

Suggest a correction

(d)

menggunakan ejaan yang mengelirukan dalam surah al-Fatihah pada perkataan الرّ حمن dan الرّحيم dengan menulis ارّحمن ارّ احيم, tanpa ال dan menambah alif (ا) pada الرَحِ يم.

Suggest a correction

Seksyen 2

Mana-mana orang hendaklah menjauhi ajaran yang dibawa oleh

Open as pageSuggest a correction

Wan Hizam bin Abdullah Sabil sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1 dan dilarang daripada berpegang padanya, mempercayainya, menyebarkannya atau mengamalkannya. Mana-mana orang yang berpegang pada, mempercayai, menyebarkan

P.U. (B) 650 4

atau mengamalkan ajaran sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1 hendaklah bertaubat.

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

Tiada seorang pun boleh memiliki, menyimpan, menyebarkan, mengedarkan, memuat naik, memuat turun, menggantungkan atau menerbitkan apa-apa poster, buku, majalah, risalah atau apa-apa bacaan lain sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dalam apa-apa bentuk keluaran atau ulangannya, termasuklah filem, audio visual, rakaman laman sesawang, media cetak atau media elektronik yang mengandungi ciri-ciri ajaran sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1.

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

Tiada seorang pun boleh bersubahat dalam melakukan mana-mana perkara yang dilarang dalam perenggan 2 dan 3.

Bertarikh 16 Oktober 2020

Dated 16 October 2020

[PMWP/100/20 Klt. 5; PN(PU2)530/XIII]

DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH

Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/

Mufti for the Federal Territories

Common questions

What is FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34?
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 is Malaysia P.U. (B), cited as P.U. (B) 650 2020, currently marked in force and first recorded in 2020.
Is FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 still in force?
Yes — FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 is currently in force.
When did FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 take effect?
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 was first recorded in 2020.
How many sections does FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 have?
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 contains 4 sections.
Where can I read the official version of FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34?
The official text of FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 is published at lom.agc.gov.my.
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 (2020, No. 650) | mylaw.my