Skip to content
P.U. (B)In force

Fatwa di Bawah Seksyen 34

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2020
Sections
6

Fatwa di Bawah Seksyen 34 is Malaysia P.U. (B), cited as P.U. (B) 652 2020, currently marked in force and first recorded in 2020.

Front matterCover and publication detailsOpen

P.U. (B) 652

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

FEDERAL GOVERNMENT

GAZETTE

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34

FATWA UNDER SECTION 34

DISIARKAN OLEH/

JABATAN PEGUAM NEGARA/

ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS

P.U. (B) 652 2

AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM

(WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34

Opening note

Preamble

  1. MENURUT subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Mufti, setelah berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 37(5) Akta, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual. ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993 FATWA UNDER SECTION 34

Opening note

Preamble

  1. PURSUANT to subsection 34(1) of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 [Act 505], the Mufti, after having discussed with the Islamic Legal Consultative Committee pursuant to subsection 37(5) of the Act, makes the fatwa as set out in the Schedule. JADUAL/SCHEDULE FATWA BERKENAAN DENGAN HUKUM MENGGUNAKAN KAEDAH COMFORT CARE KEPADA BAYI YANG LAHIR PRAMATANG Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali Ke-119 yang bersidang pada 27 Julai 2019 telah membincangkan perkara berkenaan dengan Hukum Menggunakan Kaedah Comfort Care kepada Bayi yang Lahir Pramatang. Fatwanya adalah seperti yang berikut:

Hukum menggunakan kaedah comfort care kepada bayi yang lahir pramatang adalah harus dalam hal keadaan yang berikut:

(a)

bayi yang dilahirkan semasa usia kehamilan kurang daripada enam bulan mengikut takwim qamariah dan dipersetujui oleh sekurang-kurangnya

P.U. (B) 652 3

dua orang pakar perubatan bahawa bayi tersebut secara pasti tidak dapat diselamatkan; atau

(b)

bayi yang dilahirkan semasa usia kehamilan enam bulan ke atas mengikut takwim qamariah dan dipersetujui oleh sekurang-kurangnya dua orang pakar perubatan bahawa bayi tersebut tidak dapat diselamatkan walaupun setelah diberikan bantuan alat pernafasan dan apa-apa bantuan lain.

Hukum menyelamatkan bayi yang lahir adalah wajib jika—

(a)

bayi itu dilahirkan semasa usia kehamilan enam bulan dan ke atas mengikut takwim qamariah; atau

(b)

bayi itu dilahirkan semasa usia kehamilan kurang enam bulan mengikut takwim qamariah dan pakar perubatan berpendapat bahawa bayi tersebut masih boleh diselamatkan.

Bagi maksud Fatwa ini, kaedah comfort care ialah penjagaan kepada bayi pramatang yang dilahirkan dan tidak diberikan apa-apa bantuan pernafasan dan rawatan susulan selepas kelahirannya. Kaedah ini bertujuan supaya ibu bapa dapat bersama dengan bayi mereka sebelum bayi tersebut menghembuskan nafas yang terakhir.

FATWA BERKENAAN DENGAN HUKUM PENGELUARAN SURAT PERAKUAN

SUSUAN BAGI IBU DAN ANAK SUSUAN

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali

Ke-119 yang bersidang pada 27 Julai 2019 telah membincangkan perkara berkenaan dengan Hukum Pengeluaran Surat Perakuan Susuan bagi Ibu dan Anak Susuan.

Fatwanya adalah seperti yang berikut:

Seksyen 1

Hukum pengeluaran surat perakuan susuan bagi ibu dan anak susuan adalah harus sekiranya memenuhi syarat-syarat yang berikut:

P.U. (B) 652 4

(a)

anak susuan itu hendaklah berumur kurang daripada dua tahun mengikut takwim qamariah ketika dia mendapat susu ibu susuannya;

(b)

anak susuan itu mendapat susu ibu susuannya sama ada secara terus, melalui botol, cawan atau apa-apa cara lain;

(c)

ibu susuan yakin bahawa anak susuan itu mendapat susunya sekurang-kurangnya lima kali kenyang; dan

(d)

sekiranya ibu susuan telah bersuami, keizinan suaminya hendaklah diperoleh terlebih dahulu.

Seksyen 2

Jabatan

Agama

Islam

Wilayah

Persekutuan

(JAWI)

ialah pihak yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan surat perakuan susuan bagi ibu dan anak susuan tersebut.

Seksyen 3

Keputusan ini diambil bagi menjaga maslahah yang berkaitan dengan implikasi hukum disebabkan penyusuan.

Bertarikh 25 November 2020

Dated 25 November 2020

[PMWP/100/20 Klt. 5; PN(PU2)530/XIV]

DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH

Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/

Mufti for the Federal Territories

Common questions

What is Fatwa di Bawah Seksyen 34?
Fatwa di Bawah Seksyen 34 is Malaysia P.U. (B), cited as P.U. (B) 652 2020, currently marked in force and first recorded in 2020.
Is Fatwa di Bawah Seksyen 34 still in force?
Yes — Fatwa di Bawah Seksyen 34 is currently in force.
When did Fatwa di Bawah Seksyen 34 take effect?
Fatwa di Bawah Seksyen 34 was first recorded in 2020.
How many sections does Fatwa di Bawah Seksyen 34 have?
Fatwa di Bawah Seksyen 34 contains 6 sections.
Where can I read the official version of Fatwa di Bawah Seksyen 34?
The official text of Fatwa di Bawah Seksyen 34 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.