Seksyen 1
Tabung anak yatim hendaklah diasingkan daripada tabung kebajikan.
/akn/my/act/pub/2020/653
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 is Malaysia P.U. (B), cited as P.U. (B) 653 2020, currently marked in force and first recorded in 2020.
Opening note
Opening note
Tabung anak yatim hendaklah diasingkan daripada tabung kebajikan.
Sekiranya terdapat tabung anak yatim yang disatukan dengan tabung kebajikan, wang yang terkumpul hendaklah dibahagikan secara sama rata untuk keperluan anak yatim dan untuk tujuan kebajikan.
Wang daripada tabung anak yatim di masjid-masjid bagi Wilayah-Wilayah
Persekutuan hendaklah disalurkan untuk kegunaan anak yatim sahaja sama ada yang tinggal di dalam atau di luar Wilayah Persekutuan.
Takrif “anak yatim” menurut Hukum Syarak ialah—
anak tidak sah taraf, anak pungut atau anak yang dinafikan dengan sebab li’an; dan
Wang daripada tabung kebajikan boleh disalurkan untuk kegunaan ibu tunggal, fakir miskin dan apa-apa tujuan kebajikan yang lain.
Bertarikh 25 November 2020
Dated 25 November 2020
[PMWP/100/20 Klt. 5; PN(PU2)530/XIV]
DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH
Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/
Mufti for the Federal Territories