Jadual
JADUAL/SCHEDULE
FATWA BERKENAAN DENGAN AKTIVITI JUAL BELI PADA WAKTU SOLAT JUMAAT
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali
Ke-101 yang bersidang pada 26 April 2017 telah membincangkan perkara yang berkenaan dengan aktiviti jual beli pada waktu solat Jumaat. Fatwanya adalah seperti yang berikut:
1.
Mana-mana orang adalah dilarang daripada melakukan aktiviti jual beli pada waktu solat Jumaat bermula daripada azan yang pertama sehingga imam selesai memberi salam.
2.
P.U. (B) 662 3
Pihak berkuasa yang mempunyai kuasa dalam hal perkara yang berkaitan dengan pengawalan aktiviti jual beli dalam sesebuah kawasan bolehlah menyediakan garis panduan yang bersesuaian berdasarkan larangan yang dinyatakan dalam perenggan 1.
Bertarikh 30 November 2021
Dated 30 November 2021
[PMWP/100/20 Klt. 5; PN(PU2)530/Jld. 15]
DATUK DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH
Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/
Mufti for the Federal Territories