Malaysia legislation

Section 1

of FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34

Seksyen 1

Ajaran

Ilmu

Makrifat

Mohd

Yusof

Cik

Wook yang dibawa oleh

Haji Shaari bin Mohd Yusof adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Ciri-ciri penyelewengannya termasuklah—

(a)

membawa fahaman ‘Mujassimah’ iaitu fahaman yang mendakwa Allah mempunyai jisim yang sama seperti makhluk. Sebagai contoh fahaman tersebut adalah kenyataan-kenyataan seperti yang berikut:

(i)

sebagaimana wajah makhluk, begitulah wajah Allah;

(ii)

manusia dan Allah sama-sama mempunyai mata walaupun mata kita sama dengan Allah, tetapi ia tidak serupa;

(iii)

ketidaksanggupan orang yang mengenal diri untuk memakai kain sarung Allah, kulit Allah, persalinan Allah dan pakaian gerak Allah;

(b)

membawa fahaman ‘Muktazilah’ iaitu aliran pemikiran yang antara lain menafikan sifat-sifat yang dimiliki oleh Allah SWT dan seterusnya menolak pengamalan kepada Sifat Dua Puluh yang diimani oleh

Ahli Sunnah wal Jamaah. Sebagai contoh fahaman tersebut adalah kenyataan bahawa Sifat Dua Puluh dicipta oleh para ahli sufi dan para auliya terdahulu bagi memudahkan pengajaran untuk menuju jalan mengenal Allah;

(c)

membawa fahaman ‘hulul’ iaitu menempatkan Allah dalam jisim makhluk dan ‘ittihad’ iaitu menyatukan makhluk dengan Allah. Sebagai contoh fahaman tersebut adalah kenyataan-kenyataan seperti yang berikut:

(i)

apa yang kita lihat bukan lagi sifat dan rupa harimau, tetapi yang kita lihat telah bertukar wajah kepada wajah Allah, paras Allah, sifat Allah, nama Allah dan zat Allah;

(ii)

apabila manusia berjalan, hakikatnya bukan dia yang berjalan tetapi

Allah yang berjalan;

(iii)

apabila manusia bercakap, hakikatnya Allah yang bercakap;

P.U. (B) 185 4

(iv)

apabila manusia memandang, hakikatnya Allah yang memandang;

(v)

apabila manusia yang bergerak, hakikatnya Allah yang bergerak;

(d)

membawa fahaman ‘Batiniyah’ iaitu kepercayaan bahawa perkara yang paling penting adalah batin dan bukan zahir. Contohnya, mendakwa bahawa segala perbuatan zahiriah seseorang itu tidak boleh menentukan kafir atau Islamnya seseorang namun berdasarkan kepada qalbunya

(rohnya atau hatinya);

(e)

membawa fahaman pluralisme agama iaitu fahaman yang menyamakan semua agama dan mendakwa syurga boleh dicapai menerusi mana-mana agama selain agama Islam. Sebagai contoh fahaman tersebut adalah kenyataan seperti yang berikut:

(i)

setiap agama adalah sama menuju kepada Allah yang satu.

Bagi orang yang bukan Islam, ajaran ilmu makrifat ini adalah untuk semua orang. Seandainya perkataan Allah disebut, agama lain boleh menukarnya dengan nama tuhan masing-masing. Ilmu Tok Kenali

Kelantan tidak kira Islam, Kristian atau Buddha, yang pokoknya menuju kepada Tuhan yang Satu;

(f)

bertentangan dengan fakta sejarah kerana mendakwa bahawa ilmu yang diperolehi adalah peninggalan ilmu Syeikh Daud al-Fatani

(1769M-1847M) yang diwarisi oleh dua ulama terkenal iaitu Tok Kenali

(1868M-1933M) dan Tok Selehor atau Tok Selehong (1871M-1935M)

sedangkan kedua-dua ulama tersebut tidak sempat berguru dengan

Syeikh Daud al-Fatani.

Section 1 — FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 | mylaw.my