Seksyen 1
Hukum pembedahan bariatrik bagi tujuan kecantikan adalah haram kerana mengubah ciptaan Allah SWT.
/akn/my/act/pub/2022/550
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 is Malaysia P.U. (B), cited as P.U. (B) 550 2022, currently marked in force and first recorded in 2022.
Opening note
Opening note
Hukum pembedahan bariatrik bagi tujuan kecantikan adalah haram kerana mengubah ciptaan Allah SWT.
Hukum pembedahan bariatrik bagi merawat individu yang mengalami obesiti yang serius atau penyakit-penyakit kritikal yang lain seperti diabetes dan sakit jantung adalah harus sekiranya tiada rawatan alternatif lain yang sesuai untuk individu tersebut.
Perkara ini selaras dengan Kaedah Fiqhiyah:
P.U. (B) 550 3
ُالحَاجَةُ تَن ز ًلُ مَنْزِ لَةَ الضَرُوْ رَ ةِ، عَام ةً كَانَتْ أَوْ خَاص ة
Maksudnya: “Suatu hajat (keperluan) termasuk dalam kategori darurat (mendesak)
sama ada ia berbentuk umum mahupun khusus”.
Sebelum mana-mana orang melakukan pembedahan bariatrik, pengesahan oleh sekurang-kurangnya dua orang pakar perubatan bahawa pembedahan tersebut perlu dilakukan dan tidak membahayakan kesihatan dan nyawa individu tersebut perlu diperolehi.
Bertarikh 26 Oktober 2022
Dated 26 October 2022
[PMWP/100/20 Klt. 5; PN(PU2)530/Jld. 16]
PROF. MADYA DATUK DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH
Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/
Mufti for the Federal Territories