Seksyen 1
Dalam keadaan darurat atau keadaan tertentu, pendengaran prosiding kes
Mahkamah Syariah bagi kes-kes mal melalui teknologi komunikasi jarak jauh adalah diharuskan dan tidak bertentangan dengan Hukum Syarak untuk dilaksanakan, dengan syarat—
P.U. (B) 553 3
(a)
Pelaksanaan setiap sesi prosiding antara pihak-pihak yang terbabit dalam
Majlis al-Qadha’ hendaklah di tahap al-Yaqin (yakin).
(b)
Setiap sesi prosiding tidak terdapat unsur gharar (penipuan), tadlis
(sembunyi) dan syak antara pihak-pihak yang terbabit dalam
Majlis al-Qadha’.
(c)
Syarat-syarat pada rukun-rukun Majlis al-Qadha’ hendaklah dilaksana dan dipelihara dengan sempurna ketika prosiding kehakiman, keterangan dan kesaksian seperti yang berikut:
(i)
Hakim;
(d)
Mematuhi perintah Ulil Amri dan undang-undang lain yang berkuat kuasa.
Bertarikh 26 Oktober 2022
Dated 26 October 2022
[PMWP/100/20 Klt. 5; PN(PU2)530/Jld. 16]
PROF. MADYA DATUK DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH
Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/
Mufti for the Federal Territories