Seksyen 1
Ibu, bapa atau penjaga bertanggungjawab untuk memastikan anak atau anak jagaan mereka diberikan vaksin berjadual mengikut Program Imunisasi Kebangsaan oleh Kerajaan.
P.U. (B) 554 3 2.
Tanggungjawab ini berdasarkan tuntutan maqasid syariah untuk mengelakkan penyakit berjangkit yang berbahaya dan menjaga nyawa (hifz al-nafs). Hal ini bertepatan dengan Kaedah Fiqh “Polisi pemerintah tertakluk kepada kemaslahatan rakyat”.