Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
Menteri untuk menggantikan Bank dengan Akauntan Negara
Akta ini hendaklah dilaksanakan, dijalankan dan ditunaikan oleh
Bank bagi pihak Menteri, dengan syarat bahawa Menteri boleh, jika difikirkannya patut berbuat demikian, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, memperuntukkan semua atau mana-mana fungsi, kuasa atau tugas Bank dilaksanakan, dijalankan atau ditunaikan, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh Akauntan Negara, dan Menteri boleh melalui perintah tersebut membuat apa-apa ubah suaian, penyesuaian dan pindaan kepada peruntukan Akta ini sebagaimana yang perlu untuk memberi kesan kepada pelaksanaan, perjalanan dan penunaian tersebut oleh Akauntan Negara.
Catatan palsu, dsb., dalam buku, dokumen, dsb.