Malaysia legislation

Section 13

of *AKTA PENDANAAN KERAJAAN 1983

Seksyen 13

Tiada seorang pun boleh, dengan niat untuk memperdaya—

(a)

membuat atau menyebabkan dibuat suatu catatan palsu;

(b)

meninggalkan daripada membuat, atau menyebabkan ditinggalkan daripada dibuat, sesuatu catatan; atau

(c)

mengubah, mengeluarkan, menyembunyikan atau memusnahkan, atau menyebabkan diubah, dikeluarkan, disembunyikan, atau dimusnahkan, apa-apa catatan, dalam apa-apa buku atau rekod, atau dalam apa-apa laporan, helaian kertas, penyata atau apa-apa dokumen lain apa-apa jua pun, yang berhubungan dengan perniagaan, hal-ehwal, transaksi, keadaan, harta, aset, liabiliti, atau akaun mana-mana institusi pelaburan peserta, atau mana-mana institusi pelaburan utama, atau mana-mana institusi pendeposit, ataupun Bank.

Pelanggaran Akta, penalti baginya dan liabiliti jenayah institusi, pengarah, dsb.