Malaysia legislation

Section 14

of *AKTA PENDANAAN KERAJAAN 1983

Seksyen 14

Pendanaan Kerajaan 17

(a)

sepuluh juta ringgit; atau

(b)

jika jumlah wang menjadi hal perkara kesalahan itu, sepuluh kali ganda jumlah tersebut, mengikut mana-mana yang lebih besar, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun, atau kedua-dua denda dan penjara:

Dengan syarat bahawa jika orang yang didapati melakukan kesalahan itu adalah suatu pertubuhan diperbadankan, hukuman penjara yang tersebut di atas tidaklah terpakai baginya.

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 275

(2)

Jika apa-apa kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini telah dilakukan oleh mana-mana institusi yang disebut dalam subseksyen (1), mana-mana orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu adalah seorang pengarah, pegawai atau pengawal institusi itu atau berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat yang sedemikian, atau telah dengan apa-apa jua cara atau setakat apa-apa jua bertanggungjawab bagi pengurusan mana-mana hal-ehwal institusi tersebut, atau telah membantu dalam pengurusan tersebut, melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa dipersetujui atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha untuk mengelakkan berlakunya kesalahan itu sebagaimana yang sepatutnya telah dijalankannya, memandang kepada jenis fungsinya atas sifat itu dan kepada segala hal keadaan.

(3)

Jika mana-mana orang (kemudian daripada ini disebut

“prinsipal” dalam subseksyen ini) boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti di bawah Akta ini kerana apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran, maka dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran yang dilakukan oleh mana-mana kerani, pekhidmat atau ejennya, atau oleh kerani atau pekhidmat ejen itu:

Dengan syarat bahawa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan oleh kerani atau pekhidmat prinsipal itu dalam menjalankan kerjanya, atau oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihak prinsipal, atau oleh kerani atau pekhidmat ejen itu dalam penggajiannya oleh ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu.

(4)

Tanpa menjejaskan subseksyen (2), jika sesuatu institusi yang disebut dalam subseksyen (1) adalah suatu institusi kewangan di bawah perenggan (b) atau (c) dalam takrif “institusi kewangan” di bawah subseksyen 2(1), ia tidaklah boleh didakwa bagi apa-apa kesalahan yang dilakukannya di bawah subseksyen (1), atau dikenakan hukuman atau penalti di bawah subseksyen (3).

(5)

Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh dianggap sebagai menghalang pendakwaan, pensabitan dan penghukuman mana-mana orang mengikut peruntukan mana-mana

Pendanaan Kerajaan 19

undang-undang bertulis lain; tetapi dengan sedemikian supaya tiada seorang pun boleh dihukum lebih daripada sekali bagi kesalahan yang sama.

(6)

Bagi maksud seksyen ini, “pengarah”, “pegawai” dan

“pengawal” hendaklah masing-masing mempunyai pengertian sebagaimana yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen 2(1)

Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989.

Liabiliti sivil tidak terjejas disebabkan pendakwaan atau ketidakpendakwaan, dsb.