Malaysia legislation

Section 17

of AKTA RAPID TRANSIT SYSTEM LINK JOHOR BAHRU-SINGAPURA 2026

Seksyen 17

Pergerakan rentas sempadan semasa insiden rentas sempadan berlaku

(1)

Jika menjadi perlu bagi pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Malaysia dalam bertindak balas terhadap atau menguruskan insiden rentas sempadan untuk melintasi

Tiang 47 atau bagi pegawai pengurusan insiden rentas sempadan

Republik Singapura untuk melintasi Tiang 48, pegawai pengurusan insiden rentas sempadan masing-masing hendaklah mendapatkan keizinan terlebih dahulu Kerajaan Republik Singapura atau Kerajaan

Malaysia, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebelum berbuat demikian.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), keizinan terlebih dahulu

Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Republik Singapura tidak dikehendaki jika insiden rentas sempadan yang disebut dalam subseksyen (1) melibatkan operasi kebakaran atau penyelamatan atau tindak balas terhadap bahan berbahaya atau kecemasan perubatan, dengan syarat bahawa Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Republik

Singapura, mengikut mana-mana yang berkenaan, dimaklumkan sebelum pegawai pengurusan insiden rentas sempadan itu melintasi

Tiang 47 atau Tiang 48.

(3)

Jika insiden rentas sempadan yang disebut dalam subseksyen (2) telah ditentukan selanjutnya turut melibatkan insiden keselamatan awam, pegawai pengurusan insiden rentas sempadan yang telah memasuki wilayah Kerajaan yang satu lagi untuk bertindak balas terhadap atau menguruskan insiden rentas sempadan itu, boleh kekal di wilayah itu sehingga diarahkan selainnya oleh Kerajaan yang bertanggungjawab untuk menguruskan insiden rentas sempadan itu.

Undang-Undang Malaysia 26

Akta 884

Kuasa pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Republik

Section 17 — JOHOR BAHRU-SINGAPORE RAPID TRANSIT SYSTEM LINK ACT 2026