Malaysia legislation
Section 18
of AKTA RAPID TRANSIT SYSTEM LINK JOHOR BAHRU-SINGAPURA 2026
Seksyen 18
Singapura
(1)
Seorang pegawai pengurusan insiden rentas sempadan
Republik Singapura hendaklah, dalam melaksanakan tugas pengurusan insiden berkenaan dengan insiden rentas sempadan di dalam wilayah Malaysia—
(a)
mempunyai kuasa—
(i)
untuk menjalankan pemeriksaan;
(ii)
untuk membawa senjata api atau melepaskan tembakan;
(iii)
untuk membawa atau menggunakan peralatan renjat atau senjata atau kelengkapan lain yang kurang membawa maut;
(iv)
untuk membawa atau menggunakan senjata atau kelengkapan yang tidak membawa maut;
(v)
untuk mengalihkan apa-apa objek yang menghalang operasi;
(vi)
untuk mengalihkan mana-mana orang yang nyawa, kesihatan atau keselamatannya, atau pada pendapat pegawai pengurusan insiden rentas sempadan mungkin terancam;
(vii)
untuk melarang pergerakan mana-mana orang dan menghentikan pergerakan kereta api atau kenderaan perkhidmatan Rapid Transit System
Link;
(viii)
untuk memutuskan bekalan elektrik atau mengarahkan orang yang mempunyai kawalan terhadap bekalan itu untuk memutuskan bekalan elektrik;
Rapid Transit System Link Johor Bahru-Singapura 27
(ix)
untuk menghendaki mana-mana orang yang pegawai pengurusan insiden rentas sempadan mempunyai sebab untuk mengesyaki telah terdedah kepada bahan berbahaya untuk menjalani pemeriksaan perubatan atau rawatan perubatan;
(x)
untuk merampas apa-apa barang yang pegawai pengurusan insiden rentas sempadan mempunyai sebab untuk mengesyaki telah tercemar oleh bahan berbahaya dan melupuskan barang itu;
dan
(xi)
untuk menggunakan kekerasan yang munasabah dalam menjalankan kuasa di bawah subperenggan (i) hingga (x); dan
(b)
mempunyai kuasa di bawah seksyen 11 dengan ubah suaian yang perlu dan setakat mana yang boleh dipakai.
(2)
Pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Republik
Singapura boleh menjalankan kuasa di bawah subseksyen (1)—
(a)
di atas lintasan Rapid Transit System Link di antara
Tiang 47 dan Tiang 48, termasuk landasan di atasnya;
(b)
di dalam kereta api atau kenderaan perkhidmatan
Rapid Transit System Link semasa dalam transit; dan
(c)
di mana-mana kawasan sekitar yang dikehendaki secara munasabah untuk pelaksanaan tugas pengurusan insiden berkenaan dengan insiden rentas sempadan.
(3)
Bagi maksud melaksanakan tugas pengurusan insiden di dalam wilayah Republik Singapura, pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Malaysia hendaklah mempunyai kuasa yang sama yang diberikan kepada pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Republik Singapura di bawah seksyen ini.
Undang-Undang Malaysia 28
Akta 884